21 November 2008

TARBIYYAH DARI SI CILIK (2)

“Betul ke apa yang kawan-kawan kamu cerita kat ustaz?”Tanya saya bagi mendapatkan kepastian.

“Betul,memang ana pukul dia,”Zaki menjawab.

“Semalam kamu janji dengan ustaz kamu nak berubah.Tapi baru sahaja sehari kamu dah buat kesalahan lagi,”perasaan saya bercampur baur antara marah dan kasihan.

Zaki terus membisukan diri.Tiada tanda sesal pada raut wajahnya.Bersahaja.

Malam sebelumnya,Zaki telah keluar melalui tingkap asrama di tingkat tiga.Tetapi tindakan yang saya ambil padanya hanya menyuruh membasuh kuali dan periuk-periuk.Tiada hand-contact.Saya berbuat demikian dengan harapan serba sedikit boleh menjadi pengajaran padanya.

Tetapi akhirnya,usaha yang kesekian kalinya turut tidak menampakkan hasil yang positif.

KESEIMBANGAN

Entri saya pada kali ini adalah sebagai keseimbangan kepada entri saya yang lalu,TARBIYYAH DARI SI CILIK 1.Kalau entri yang dulu menceritakan perkara-perkara yang menggembirakan dan mencuitkan hati,pada kali ini ia berbeza sama sekali.

Perkongsian pada kali ini adalah sisi kontra kehidupan saya sebagai warden.Tujuan saya menulis kali ini berdasarkan feedback yang diterima dari pembaca.Saya bimbang sekiranya pembaca tersilap tafsir bahawa segala-galanya sempurna disini.

Perlu kita ambil paham dan menerima hakikat bahawa kehidupan didunia ini semuanya ada pasang surut.



Janganlah diharapkan bahawa wujudnya fenomena syurga ketika didunia.Diharapnya kehidupan didunia gembira senentiasa.

Langit tidak selalunya indah.
Malam tak selalu cerah.
Suram malam tak berbintang.Itulah lukisan alam.
Begitu aturan Tuhan.
-LUKISAN ALAM-

Sedangkan Allah taala menciptakan manusia didunia sebagai medan menguji sejauh mana kita berjaya menghayati erti kehidupan sebagai hamba yang memiliki Khaliq.Allah berfirman,

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

KEBUNTUAN YANG MEMBINGUNGKAN

Zaki(bukan nama sebenar) merupakan pelajar darjah dua yang tersenarai sebagai antara pelajar yang famous di sekolah.Bukan kerana kebijaksaannya,tetapi kerana timbunan kes-kes disiplin yang dilakukannya.

Namakan sahaja permasalahan.Bermula dari mencederakan kawan-kawannya hinggalah kepada mencuri dan mengugut.Dalam usianya yang terlalu mentah,apakah mungkin perkara ini benar-benar berlaku?saya sendiri sukar mempercayainya jika saya hanya mendengar dan tidak mengalami.

See to believe!

Seiring dengan kes-kes yang dilakukan,sebanyak itu jugalah usaha dan tindakan dilakukan bagi menghasilkan secebis perubahan pada insan yang masih kecil itu.

Ramai yang berusaha menasihati dengan pelbagai cara dan kaedah.Ada juga guru yang tidak jelas matlamatnya mengambil tindakan yang langsung tidak berhikmah,seolah-olah melepaskan geram.

Bagi saya,saya masih berpegang kepada kata-kata tegur untuk bagi berubah,kalau setakat nak marah,baik tak payah.

Usaha untuk mencari punca permasalahan sentiasa menjadi keutamaan.Persoalan utama yang perlu dijawab sebelum tindakan susulan diambil.InsyaAllah tindakan saya sentiasa terarah dan terbimbing.

Bermula dari mengingatkan harapan ibunya,hinggalah kepada merotan,berzikir dan membasuh pinggan mangkuk.Hasilnya jauh panggang dari api.Saya menjadi buntu.



Firman Allah Taala,

Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Sebagai warden khususnya atau sebagai dai’ umumnya,apa yang perlu dilakukan adalah mencari puncanya dahulu sebelum memutuskan tindakan yang wajar diambil.

Seek First To Understand.


KEPUTUSAN YANG SUKAR

“Ustazah,ustazah tolonglah anak saya.Buat la apa sekalipun.Dia nakal sangat dekat rumah,”keluh emak Amirul.

Amirul(bukan nama sebenar) merupakan salah seorang pelajar yang terkesan dengan sikap Zaki.Amirul berkawan agak rapat dengan Zaki.Sesungguhnya manusia itu akan terdorong mengikut sikap rakannya.

Rasuulllah s.a.w bersabda:
المؤمن مراّة اخيه
Ertinya:Orang mu’min itu cermin bagi saudaranya.

Implikasi negatif yang bercambah merebak ibarat api yang membakar ranting-ranting kayu.Tindakan perlu diambil dalam kadar segera.

Walaupun sebelum ini berkali-kali guru-guru mencadangkan kepada mudir supaya Zaki dibuang sekolah,mudir cuba mempertahankan dan yakin masih ada harapan.Simpati barangkali.Tetapi akhirnya keputusan itu diambil jua.

Zaki seorang budak darjah dua.Keluarganya bukan dari golongan yang faham atau menghayati ajaran Islam.Ibu dan kakaknya berpakaian ala-ala barat.Pernah Zaki menceritakan bahawa kakaknya pernah menonton cerita porno bersama teman lelakinya dirumah!

Dalam pada masa yang sama,sikap negatif Zaki yang tercetus dari krisis keluarga,telah mempengaruhi sebahagian rakan-rakannya yang lain.Sesuatu yang cukup-cukup membimbangkan pihak ibubapa.Ada yang melarang anak mereka berkawan dengan Zaki.Ibubapa mana yang tidak risau.Saya pun akan mengambil tindakan yang sama seandainya saya berada ditempat mereka.

Apakah tindakan buang sekolah keatas Zaki sebagai keputusan yang tepat?

Atau guru-guru telah gagal menjadi pembimbing yang berjaya kerana tindakan yang diambil seolah-olah petanda putus asa?

Yang manakah lebih utama,terus berusaha menyelamatkan Zaki sambil melihat kesan negative merebak dikalangan pelajar-pelajar yang lain?




Atau mengambil tindakan yang sukar dengan membuang Zaki keluar sekolah sebagai usaha menyelamatkan pelajar-pelajar dari menerima implikasi virus yang cukup merbahaya ini?

MENGUTAMAKAN YANG UTAMA

Seringkali didalam kehidupan kita sebagai hamba didunia ini,tidak mungkin terlepas dari ujian dan dugaan.Adakalanya keputusan yang hendak diambil membawa kita kejalan buntu.

Ditelan mati emak,diluah mati bapak.Hendak tak hendak,salah satu mesti menjadi korban.

Kita ambil satu contoh,kadang-kadang dalam satu-satu organisasi dakwah atau yang selainnya terdapat ahli yang membawa masalah.Tidak kira samada pimpinan yang gila kuasa yang merasa sempurna tidak pernah berbuat silap,pendoktrin-pendoktrin hingga kepada ahli bawahan yang tidak mahu memberi kerjasama bagi melancarkan gerak kerja.

Apakah golongon ini perlu dibela,atau disingkirkan bagi menyelamatkan organisasi?

Mustafa Mahsyur didalam kitabnya,Jalan dakwah:antara keaslian dan penyelewengan ada menyentuh bab ini.Beliau berpendapat penyingkiran adalah tindakan yang paling wajar diambil kerana kepentingan organisasi adalah lebih utama.

Difikirkan mengikut kacamata kita yang kabur,keputusan ini seolah-olah kejam dan tidak wajar dilakukan.Itu hanya fikiran mereka yang menilai dengan emosi dan bukan berdasarkan kepentingan yang realiti.Ulama fiqh berpendapat,apabila berhadapan dengan dua kemudharatan maka pilihlah kemudharatan yang lebih kecil.

Yang dikorbankan adalah satu,bagi menyelamatkan seratus satu.Nampak berbaloi bukan?
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui perihal hambaNya.Terkadang telinga manusia mendengar,akal memproses tetapi hati tidak dapat menerima.Semuanya kerana kelemahan dan keterbatasan fikiran kita sebagai manusia.

Menjadi keutamaan bagi kita untuk mengutamakan yang utama.

Read More......

10 November 2008

AKU YANG DULU...


“Ya Allah,Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.Kau ampunilah dosa-dosaku…,”suara Hanif sayup-sayup kedengaran dikedinginan malam Ramadhan yang dilimpahi barakah.

Ditengah malam yang sepi itu juga saya sudahpun bangkit dari lena.Dalam kegelapan hari saya memerhatikan sekujur tubuh sedang bermunajat memohon keampunan dariNya.

Suaranya teresak-esak merintih dan merayu.Mata bergenang deras airmata;basah pipinya mengenangkan dosa-dosanya yang lalu.Penuh pengharapan,kedua tangan ditadahkan;penuh yakin,penuh keinsafan.


“…HambaMu ini datang menghadapMu,sudilah kiranya Engkau kurniakanku ampunan.Akulah hambaMu yang berdosa.Tanganku penuh dengan noda.Ampunilah hambuMu ini yang banyak berbuat maksiat;yang selalu ingkar dengan perintahMu.”Tangisannya jelas kedengaran,linangan airmata makin laju merembes dipipi membasahi baju melayunya.


Sayu.Hampir mengalir airmata,tapi ditahan.Saya cuba terus mendengar butir-butir perkataan yang Hanif lafazkan,tetapi semuanya tenggelam dalam tangisannya yang dalam.

“Dan Sesungguhnya Aku Yang amat memberi ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk Yang diberikan kepadaNya.”
(20:82)

Hanif masih belajar disebuah sekolah menengah di Shah Alam.Sebelum ‘peristiwa’ itu,seperti remaja-remaja yang lain,dia gemar membaca komik dan aktif bersukan.Kenakalan tidak dapat lari pada usianya yang ditahap awal hendak mengenali erti kehidupan.Amalan agama juga berada ditahap seperti orang-orang kebiasaan.Solat fardhu agak liat dikerjakan diawal waktu terutamanya subuh.Bacaan al-quran pun susah hendak didengari darinya apatah lagi hendak bangkit berqiamullail diawal pagi.


SEBUAH PERSAHABATAN

Itu dulu.

Tetapi segalanya berubah selepas satu peristiwa yang begitu terkesan dijiwanya.

“Hanif!Angkat telifon.Sidek tu,”laung emak kepada Hanif.Hanif bergegas menggangkat ganggang telifon. Sidek merupakan sahabat yang begitu akrab dengannya.Suka dan duka dikongsi bersama.

“Hello.Ha Sidek apa cerita?”Hanif bertanya penuh kegirangan.

“Weh,ada masalah besar ni.Makayah aku suruh pindah sekolah la,”terang Sidek dalam nada serba salah.

Kelu Hanif mendengar kenyataan itu.Berita itu baginya begitu mengejutkan dirinya.Disoalnya kembali bagi mendapatkan penjelasan.

“Kenapa pulak nak pindah?Tiba-tiba aje ni.”

“Kau kan tau prestasi akademik aku macam mana.Makayah aku nak pindahkan aku kat sekolah lain.”

“Ala itu bukan masalah besar.Kalau kau taktau,aku boleh ajar kau.Kalau akupun taktau,aku suruhlah ayah aku ajar nanti,”Hanif cuba memujuk.

Tetapi jauh disudut hatinya,dia tahu bahawa keputusan berpindah itu muktamad.Sidek tiada kuasa mengubah kehendak ibubapanya.Airmata hangat mula mengalir kepipi.Perasaan sedih mahu berpisah dengan sahabat yang disayangi tidak tertanggung lagi.

Ikatan kasih sayang dua remaja disaksikan si ibu dari jauh tanpa disedari keduanya. Tersentuh hati Ibu.Sayu dan pilu.


KEJUTAN DEMI KEJUTAN

“Hanif,Sidek dah nazak!”tersentak jiwa kerdil Hanif pada ketika itu.Airmata kepiluan mengalir lagi.

Masa seakan terhenti seketika.Berita yang menggemparkan itu betul-betul memberi tamparan hebat bagi dirinya.Semuanya berlaku begitu pantas.Insan manakah yang mampu hadapi ujian sehebat ini?Sidek tidak sempat berpindah ke sekolah lain kerana diserang barah paru-paru yang kronik.Beberapa minggu yang lalu Hanif melawat sahabatnya di hospital,Sidek masih sedar dan sempat berbisik sesuatu dengannya.Tetapi menerima berita kali ini,Hanif tahu saat perpisahan dengan sahabat karibnya sudah hampir.

Hanif bersama dengan ibubapanya bergegas ke University Hospital,Petaling Jaya.Sepanjang perjalanan,tiada bicara dapat dilafazkan.Hanya esak tangisan yang kedengaran.Fikirannya bercelaru.

Akhirnya Sidek kembali ke rahmatullah disamping sahabatnya yang dikasihi.Raungan Hanif kedengaran dari bilik wad dimana Sidek ditempatkan.Perpisahan kali ini adalah perpisahan mutlak mereka didunia.Hanif mengerti hakikat ini.Tempias kesedihan terpampar diwajah setiap yang melihat.Semua yang ada disekeliling itu menjadi saksi keikhlasan persahabatan mereka.


Persahabatan yang teguh dan utuh tersemat walau kini masing-masing dialam yang berbeza.Persahabatan yang tiada musimnya.Persahabatan dalam suka dalam duka.Persahabatan tiada malap cahaya,yang terus bersinar terang selamanya.

“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabat untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.Jika dapat,aku ingin setia padanya.”

(Imam Syafie)

TURNING POINT

Hari-hari yang berlalu itu tidak dapat lekang begitu mudah dari fikiran Hanif.Segalanya masih jelas,seolah-olah baru semalam Sidek pergi.Hanif sugul beberapa ketika.Ibu sidek meminta izin kepada ibubapa Hanif untuk menjadikan dia sebagai anak angkat.Barangkali sebagai tempat melepaskan rindu tiap kali terkenangkan anaknya.

“Hanif,nanti cuti sekolah ikut ustaz nak?kita keluar buat usaha dakwah.”

“InsyaALLAH.”

Hanif kini menyertai kumpulan jemaah sebagai medan berdakwah dan untuk memperbaiki diri.Di situ dia mula belajar serba sedikit tentang erti kehidupan dan perasaan hidup bertuhan.

Duit keuntungan yang didapati hasil daripada mendapatkan tempahan baju di sekolahnya masih tersimpan banyak.Hanya sedikit sahaja yang digunakan.Dia tekad untuk menggunakannya kearah dakwah,sebagai bukti kecintaannya kepada Pencipta melebihi dari harta dan dunia.

Solat diawal waktu dilazimi.Quran juga dialunkan tanpa jemu.Mendengar rintihannya disepertiga malam juga boleh dikatakan kerap dan menjadi kebiasaan.
Hanif.Dia adikku.



Begitulah antara kisah perubahan yang dilakukan manusia dari kehidupannya yang lalu,kepada sebuah kehidupan yang baru.Dari tiada halatuju kepada bermatlamat.Dari penuh kelekaan kepada khusyuk patuh kepada Allah.Dari merasa senang dengan dunia kepada menagih halawatul iman.Dari hidup yang kosong kepada yang penuh makna dan pengertian.Semuanya bila kenikmatan Iman dan Islam dihayati dan dirasai sedikit demi sedikit.

“Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).”

(49:15)

Kita biasa mendengar bagaimana seorang ahli maksiat itu berubah.Kita juga biasa mendengar bilamana seorang yang pulang dari mengerjakan haji itu berubah.Kita biasa mendengar kisah-kisah mereka yang dahulunya kufur akhirnya dikurniakan hidayah untuk memeluk agama Islam.
Tetapi kebanyakannya yang kita dengar adalah bersebab,samada dari kematian,keajaiban,keindahan Islam dan bermacam-macam lagi.Pelbagai cara Allah taala mengurniakan hidayah kepada hamba-hambaNya.

Akhirnya bertambah satu fakta yang tidak benar dalam mindset kita,hidayah itu akan hadir dengan sendirinya tanpa perlu berusaha!



KECELARUAN DIRI PADA YANG TIDAK PASTI

“Shahrul,kenapa aku nak berubah tapi tak dapat?Aku dah cuba dah untuk tidak bercouple lagi.Tapi boring la bila tak main mesej jiwang-jiwang ni.Aku memang tak boleh tinggal la.”

“Saya belum lagi mendapat hidayah Allah untuk bertudung,”berkata seorang penyanyi.

“Bagaimana ana nak berhenti dari melanggar perintah Allah?Ana betul-betul tiada kekuatan.Dunia dan kenikmatannya terlalu mengasyikkan.Ana betul-betul nak berubah,tapi asyik kalah kepada hawa nafsu dalam diri,”monolog seorang pendakwah.

Segala-galanya yang berlaku dibiarkan sahaja.Seolah-olah semuanya mengharapkan turning point itu untuk hadir.Mungkin mahu diperlihatkan di langit dunia seksaan yang bakal diterima diakhirat kelak secara’live’,baru mahu cuba memperbaiki diri.Keingkaran kepada Pencipta terus berlaku atas alasan tiada kekuatan untuk mengatasi dan berubah kepada yang lebih baik.

Perasaan ingin berubah dibiarkan tanpa tindakan.Sungguh merugikan.

Diriwayatkan dari Imam Tirmizi dan Ibnu Majah,bahawa Nabi bersabda,

“Yang pintar adalah mereka yang mengawal nafsunya dan beramal sebagai persiapan untuk mati.Yang bodoh adalah mereka yang mengikuti hawa nafsunya kemudian berangan-angan baik terhadap Allah.”
Strategi perlu dilakukan kerana musuh yang kita hadapi adalah yang paling bijak memperdaya. Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.Itu hakikat yang perlu kita betul-betul fahami dan yakini.Apakah ada kemungkinan musuh yang hebat dapat ditumpaskan tanpa persediaan yang rapi?

Seandainya ilmu tidak mencukupi,maka usahakanlah untuk mencari.Jika kawan dan keluarga tidak membantu,maka carilah sahabat yang suka menasihati sebagai kubu.Sekiranya suasana tidak membina,kerahlah diri untuk melangkah jauh ke tempat yang lebih sejahtera.

Seandainya ini adalah hari terakhir kita di dunia,apakah masih tidak dapat difikirkan apakah tindakan yang perlu dilakukan demi sebuah perubahan?

Pengorbanan adalah harga yang perlu dibayar sesuai dengan nilai sebuah hidayah.Terserah anda mahu membeli atau hanya melihatnya dari jauh.
Fikir dan rancanglah sebelum terlambat.

Read More......

06 November 2008

PENDAKWAH YANG PENIAGA

Sudah lebih seminggu saya tidak menulis artikel baru untuk mengisi ruangan blog.Hampir seminggu saya diserang selsema menyebabkan banyak kerja-kerja saya digantikan dengan beristirehat.Mungkin sebagai kaffarah kealpaan diri yang perlu dijernihkan kembali.
Pada hari sabtu dan Ahad pula,dua hari suntuk saya berada di PWTC bagi menyertai Pameran Usahawan Bumiputera.Kali ini bukan sebagai visitor,tetapi sebagai exhibitor kepada ribuan pengunjung seluruh negara.Peluang untuk menimba pengalaman baru,bukan sahaja sebagai usahawan malah sebagai dai’ akan saya kongsikan bersama pada kali ini.
Nabi s.a.w bersabda,
”Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta & dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi,harta samun dan sbg,&dengan tujuan menjaga hubungan dengan tetangga,dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama.”

MYGREENOIL
“Encik,boleh saya pinjam masa encik 5 minit.Insyaallah saya tidak akan menghampakan encik,”saya memulakan sapaan sambil menghulurkan brochure yang sarat dengan informasi.Satu kaedah membuka ruang supaya customer bersedia untuk absorb penerangan.

“Erm,produk penjimatan minyak lagi.Dah banyak dipasaran ni,”dijawabnya dengan sambil lewa.Indicator bahawa dia kurang minat.Mungkin fobia dengan lambakan produk sedemikian dipasaran.

“Ya memang betul ini produk penjimatan minyak.Tetapi sebenarnya produk ini berfungsi untuk increase power and performance while reducing feul consumptions.Penjimatan minyak adalah perkara kedua,yang paling utama adalah meningkatkan prestasi engine dahulu,”saya cuba mengalih kepada the unexpected.Tiada guna jika saya menerangkan tentang penjimatan jika telinga disumbatkan akibat dariada produk yang menghampakan dipasaran.

Increasing power and performance…macam mana tu?"umpan saya mengena.Soalan menunjukkan minat dan juga tumpuan.

“Mygreenoil adalah produk yang berfungsi secara internal.Ia membaikpulih prestasi engine.Dengan itu baru penjimatan dapat dilakukan.Apabila petrol diisi,ia akan mengalir ke engin.Dalam engin,pembakaran berlaku dan proses ini yang menghasilkan torque.Tetapi combustion bukan sahaja menghasilkan tenaga,ia juga menghasilkan mendakan carbon yang merupakan parasite didalam engine.Maka mygreenoil ini akan membantu menyingkirkan carbon-carbon itu.”
“Eh,tapi produk-produk yang lainpun boleh menghasilkan penjimatan.Kenapa perlu saya pilih yang ini?dia mencelah.

“Ada pelbagai produk penjimatan minyak seperti tablet dan juga magnet.Produk-produk ini hanya mengatasi masalah external.Ya memang betul produk-produk ini menjimatkan minyak,tetapi dalam masa yang sama ia tidak meng’service’kan engine.Penjimatan dilakukan,tetapi engine akan semakin worn-out,”saya melanjutkan penerangan.

Hujah dan fakta dibentangkan.Itulah antara kaedah mempengaruhi orang yang saya dapati didalam buku How to win friends and influence people hasil sentuhan Dale Carnegie.

“Mygreenoil akan dissolve bersama molekul petrol dan carbon yang termendak itu,sekaligus menjadikan reformulasi struktur terjadi.Ia juga menambahkan kadar oksigen yang terlarut.Seperti yang encik ketahui,oksigen adalah unsur yang penting dalam proses pembakaran.Maka dengan reformulasi itu,pembakaran lengkap dapat dilakukan dan karbon-karbon akan dibersihkan dari engine.Pembakaran yang lengkap akan mengurangkan penggunaan minyak dan juga membantu pick-up kenderaan.”

Pelanggan itu membisu sejenak.Masih ragu-ragu barangkali.

“Jika seseorang itu berakhlak buruk,maka dimanakah punca masalahnya?”

“Hati.”

“Jika seseorang itu mempunyai penyakit darah tinggi,kencing manis,diabetis dan lain-lain,apakah yang ia perlu jaga dan titkberatkan?”

“pemakanan”.


“Begitulah juga Mygreenoil,ia merawat engine;iaitu hati dan perut bagi kenderaan.Dengan itu barulah penjimatan minyak dapat dilakukan,pick-up kenderaan pun akan meningkat.”


PERSEDIAAN YANG RAPI

Begitulah antara sebahagian perbualan yang terjadi antara saya dan juga para pelanggan.Penerangan demi penerangan;hujah demi hujah;dan fakta-fakta terus dimuntahkan.Berhadapan dengan zaman intelek dan dunia tanpa sempadan tidak semudah bercakap,ia memerlukan komitmen yang tinggi kepada ilmu pengetahuan.Manusia kini yang celik IT tidak mudah berpuashati hanya dengan kata-kata manis.

Fakta dan pembuktian menjadi kewajipan.

Dakwah masa kini juga begitu.Ragam-ragam madu’ yang pelbagai memerlukan persediaan yang rapi para dai’ terutamanya dalam konteks ilmu.

Ilmu yang dimaksudkan bukan sahaja dalil-dalil al-quran dan hadis,tetapi merangkumi ilmu dakwah bil hikmah dan juga ilmu berkaitan masalah semasa ummah.

Apakah mampu kita sebagai dai’ berdepan dengan golongan berfahaman sekular sedangkan erti sekularpun kita tidak tahu?apakah mampu kita mematahkan hujah golongan pluralism sedangkan perkataan itupun kita tidak pernah cuba untuk terokai?apakah mampu kita memperbetulkan golongan liberalism jika fahaman golongan ini kita masih kabur-kabur?
Silap-silap kita yang akan dipengaruhi oleh cara berfikir mereka.

Bagaimana pula jika kita berdepan dengan madu’ yang hanya tahu Islam hanya pada nama sahaja?gaya hidupnya totally mengikut barat.Bagaimana kita mahu menangani madu’ yang latarbelakangnya tiada kefahaman Islam yang jelas?yang difahami Islam adalah solat 5 waktu dan puasa sahaja.Jika madu’ yang hadir dihadapan kita adalah golongan intelek,maka apakah cara terbaik untuk supaya hatinya tersentuh,mindanya terketuk menerima seruan kita?Mampukah kita membuatkan mereka terdiam dan berfikir kebenaran yang cuba disampaikan?

Apakah cukup dengan hanya membentangkan nas-nas al-quran dan hadis sudah cukup untuk kita memenuhi kriteria dai’ yang bijaksana?atau kita adalah golongan dai’ yang syok sendiri yang mengotori medan dakwah yang suci ini menyebabkan ramai manusia makin fobia dengan pendakwah dan Islam.

Hanya kerana diri kita yang malas mencari sumber dan ilmu,menyebabkan jalan yang ditempuhi rakan seperjuangan lain semakin rumit dan sukar.Madu’ sukar untuk meminjamkan telinga kerana yang akan diterima adalah cercaan dan juga ‘hukuman’ dari dai yang bersifat ‘penghukum’ yang tidak bertauliah.Itulah hakikat yang sedang dan sering berlaku.


PERNIAGAAN DAN DAKWAH

“Saiful,anta nak tau taka apa yang terjadi semalam?”bertanya Hafiz kepada sahabatnya.

“Pasal tempahan tue ker?takder orang nak tempah lagi eh?Mungkin bukan rezeki anta.”soalan dijawab dengan soalan.

“Bukan,semalam lebih sepuluh tempahan ana dapat!Nak tau tak macam mana ana buat?teruja Hafiz ingin menceritakan pengalaman barunya.”Tidak sempat Saiful menjawab,dia terus menyambung.

“Anta nak tau,ana try aplikasi cara-cara nak tackle madu’ dari kitab Bagaimana Menyentuh Hati karangan Abbas As-Sisi.Mula-mula ana masuk bilik budak-budak tue,bagi salam apa semua.Ana ikut step-step dalam kitab tue.Kalau malam-malam sebelum tue ana susah nak dapat tempahan,tapi lepas tue mudah jer.Sepuluh tempahan weh,”ulas Hafiz dengan panjang lebar.Kitab dakwah fardiyah dalam bentuk PDF itu baru sahaja dibacanya.

Kitab dakwah,ilmu dakwah dimanfaatkan dalam perniagaan.Hasilnya cukup memberansangkan.


“Eh Hakim,cuba anta tengok buku ni,”Berkata Nasrul sambil mensuakan buku kecil Panduan PRU ke-12,terbitan dari sebuah parti politik.

“Kenapa dengan buku ni?ok jer aku tengok.Apa yang pelik sangat?

“Anta nak tau tak,isi kandungan buku ni ambil sebijik-sebijik dari buku How to Win Friends And Influence People,Bawah tajuk How to Change People Without Giving Offense or Arousing Resentment.Dale Carnegie tulis.”berkata Nasrul melanjutkan penerangan.

Buku motivasi yang ditulis pada tahun 1936 ini,kerap mejadi panduan utama peniaga-peniaga tersohor dunia sehingga hari ini akhirnya turut mendapat tempat dihati sebuah parti politik tanah air bagi membantu jentera-jenteranya merayu undi dalam pilihanraya yang lalu.Apakah buku kecil ini yang menjadi de’ factor kemenangan berganda parti itu?ada relevannya.

Buku motivasi & perniagaan,ilmu perniagaan dimanfaatkan dalam dakwah.Hasilnya diluarjangkaan.

Mari kita melihat satu contoh yang mudah.Nicholas Boothman yang terkenal dengan kaedah rapport yang cemerlang;didalam bukunya How to Make People Like You in 90 Seconds ada menulis,

“Sometimes people buy from you is not because of what you sell,but because it is you who sell.”

Boleh jadi seseorang pembeli itu membeli bukan kerana barang yang anda jual,tetapi kerana anda yang menjualnya.Itu sudah banyak saya alami dan saksikan.

Seseorang peniaga akan cuba sedaya upaya bagi memastikan barangnya terjual.Kata-kata yang dilontarkan sangat berhati-hati dibimbangi akan mengguris perasaan pembeli.Produk atau barang yang hendak diniagakan difahami sedalam-dalamnya dari kegunaan hinggalah kepada cara penggunaan dan segala yang bersangkut paut dengannya.Peniaga itu maklum tentang sasaran pembelinya,bagaimana mahu memancing dan memikat mereka sudah lama dikajinya dahulu.Pembeli dengan perangai dan taraf yang berbeza,dilayan dengan cara berlainan.Persediaan dilakukan secara terperinci bagi memastikan keuntungan yang maksimum dan masa tidak dibazirkan.

Bayangkan peniaga itu sebagai dai’ dan pembeli adalah madu’.Kebenaran adalah produknya dan persediaan sebagai kaedah dakwah.Manakala keuntungan adalah islah madu’ dan syurga.Cukup banyak persamaan dan pengajaran yang boleh diambil.

Tetapi zaman mutakhir ini ramai dai’ yang tidak reti ‘berniaga’.Sasaran ‘pembeli’ tidak dikenalpasti dengan jelas.Apatah lagi ingin mengkaji umpan yang paling memikat hati.Bermuka masam dan tidak pandai berbahasa.’Produk’ yang ingin dijual tidak diketahuinya dengan jelas,maka perniagaannya tidak akan membuahkan keuntungan tetapi membawa kepada kerugian.

Masa dibazirkan begitu sahaja.


BELUM CUBA BELUM TAHU

“Bagaimana saya boleh menjadi dealer?”Tanya salah seorang pelanggan yang ingin menjadi agen Mygreenoil.

Saya pun menerangkan padanya seawal pendaftaran ahli hinggalah cadangan strategi marketing.Sebelum saya mengakhiri perbualan itu,saya rumuskan dengan beberapa persoalan untuk dia fikirkan dan ambil kira.

“Pada pandangan encik,bolehkah saya menerangkan perihal diri saya dengan betul dan lancar?”

“Sudah tentu.Kamu lebih tahu kerana ia diri kamu sendiri,”jawabnya dengan yakin.

“Bagaimana jika saya menerangkan perihal encik pula?”

“Kamu tidak dapat berbuat demikian kerana kita baru berjumpa dan belum saling kenal-mengenal antara satu sama lain dengan mendalam.”

“Tepat sekali,begitu juga dengan produk ini.Saya sarankan encik menjadi pengguna dahulu.Setelah encik berpuashati dan dapat memahami produk ini secara mendalam,baru encik hubungi saya untuk daftar sebagai dealer.”

Kami mengakhiri perbualan itu dengan senyuman.Perniagaan tidak perlu terburu-buru.Kepuasan dan keuntungan jangka panjang diutamakan.Allah berfirman dalam surah as-saf ayat 3-4,
     
Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

PERNIAGAAN TERUNGGUL



Seseorang peniaga yang berjaya mudah sekali untuk menjadi pendakwah yang berjaya kerana method dakwah sebahagian besar sudah dikuasai.Begitu juga pendakwah yang bijaksana,mudah baginya untuk menjadi peniaga Islam yang unggul.kenalan madu’ yang ramai sudah pasti menjadi pelanggan tetapnya.

Perniagaan dan dakwah sinonim dan sangat rapat pengertiannya disudut aplikasi dan tindakan.Allah berfirman,
Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Abu Hurairah meriwayatkan,Nabi bersabda,

“Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta,tetapi kaya jiwa.”
(H.R at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Pendakwah adalah peniaga yang kaya jiwanya.

Mereka sentiasa memperdagangkan barangan berkualiti dan keuntungannya maksimum dan berganda.Bukanlah mereka itu yang muflis akibat tidak reti seni dakwah dan berbahasa.

Read More......

21 October 2008

LEDAKAN AKHLAK

LEDAKAN AKHLAK

“Fitri,kenapa nampak moody aje hari ni?ada apa-ap yang tak kena ke?”soal Fahimi kepada sahabat karibnya.

“Ntah la,ana tengah pening pasal family ana ni,”keluh Fitri.Buntu.

“Kenapa dengan family anta?eh,bukan ke time ana ziarah haritu ok jer?”

“Bukan pasal tu.Anta tau kan,ana ni dah nak grad.Rasa-rasa nak berumahtangga dalam dua tiga tahun lagi.Ana dah dapat calon pasangan hidup yang sesuai untuk ana.Tapi rasanya mustahil mak abah akan merestui kami.”

“Kenapa anta cakap macam tu pulak?kan benda ni boleh dibawa berbincang.”

“Mak abah tak berkenan kat orang dari selatan.Ntah kenapa.Tapi memang diorang tak suka.”

Begitulah perbualan yang sering kita dengar dan kerapkali situasi ini berlegar didalam masyarakat melayu Islam.Kadang-kadang bunyinya janggal,tetapi inilah realitinya.

Saya tidak berhajat untuk menulis tentang isu perkahwinan kerana saya bukan ahli.Saya tidak pernah merasa hidup berumahtangga,dibimbangi saya menyentuh sesuatu dengan tidak berhikmah dan hanya mengundang permasalahan.


SEBULAT SUARA,SEIA SEKATA.



Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan adalah persoalan disebalik perbualan diatas iaitu isu antara isi dan kulit.

Ibarat buah-buahan,kadang-kadang kulitnya buruk tetapi isinya sedap.Terkadang juga boleh jadi kulitnya elok,tetapi isinyi yang busuk dan berulat.Sememangnya samada kulitnya cantik atau buruk,kita pasti mahukan isi yang sedap dan manis.

Yang diutamakan adalah isinya.

Boleh jadi seseorang itu tidak disukai kerana berketurunan tertentu atau miskin.Mungkin juga atas faktor perbezaan pandangan politik dan kefahaman agama seseorang itu.Orang yang cetek amalan agama dijauhi dan dipandang jelek.Seorang yang freehair juga mungkin dibenci oleh sesetengah pihak.

Kadang-kadang juga seseorang itu tidak disukai kerana sejarah silamnya dan bermacam-macam lagi.Seorang yang baru sahaja keluar Pusat Serenti biasanya dipandang hina oleh masyarakat.Itu kebiasaannya.Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana itulah sikap manusia.

Tetapi adakah semua yang disebut tadi kulit atau isi?

Antara calon menantu kaya berketurunan diraja yang angkuh dan sombong dengan seorang miskin yang rendah diri tetapi kaya dengan senyuman,yang manakah rela dijadikan menantu?

Antara orang yang bertudung labuh yang suka bercakap besar dengan seorang yang freehair tetapi peramah,yang manakah selesa dijadikan teman berbicara?

Antara wakil parti gerakan Islam yang kesat bahasanya dan berkata-kata kotor dengan wakil parti sekular tetapi tinggi budi pekerti dan berbudi bahasa,yang manakah bakal mendapat sokongan masyarakat?

Saya cukup-cukup yakin yang jawapan kita semua sebulat suara,seia sekata.
Tetapi pada apa sebenarnya yang kita semua sependapat itu?


‘SENJATA’ SEKUAT LEDAKAN NUKLEAR

Pembaca sedar atau tidak sedar,sebenarnya kita sedang berbicara mengenai akhlak dan peribadi!

Inilah isi yang saya maksudkan sedari awal artikel ini lagi.

Seseorang itu boleh berselisih pendapat atau tidak menyukai seseorang dalam perkara yang berhubungkait tentang keturunan,fahaman politik,kisah-kisah silam,perbezaan kaum dan agama,tahap kefahaman agama,perbezaan fikrah dan bermacam-macam lagi.

Tapi dalam hal akhlak,manusia dari zaman moyang kita Nabi Adam dan Hawa kepada zaman Nabi Muhammad saw hinggalah pada hari ini sependapat bahawa akhlak yang baik tetap akan disukai dan sebaliknya akhlak yang buruk tetap akan dibenci.

Lihat sahaja sejarah Nabi Al-amin.Pada ketika itu masyarakat kafir quraisy sudah mengetahui tentang keislaman Muhammad.Tetapi sebahagian dari mereka masih mengamanahkan barang-barang berharga untuk dijaga oleh baginda.Mereka yakin bahawa Nabi pasti akan menjaganya dengan baik dan tidak bimbang barang mereka akan hilang atau dilarikan oleh baginda.

Mengapa?Tidak lain kerana baginda terkenal dengan akhlak yang Mulia,seorang yang jujur dan berpegang teguh kepada amanah.Nabi bersabda,

“Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Tidak kurang juga situasi yang berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.Ada dikalangan penyokong parti tertentu berasa ragu-ragu untuk memangkah calon partinya sendiri.Bukan kerana calon partinya yang tidak berakhlak,tetapi tersentuh dengan sikap dan rekod akhlak yang bersih dari calon parti lawan yang dipamerkan.

Mengapa?kerana manusia keseluruhannya menyukai orang yang berakhlak.

Inilah yang saya sifatkan sebagai ‘senjata’ sekuat ledakan nuklear.

Ibubapa yang pada mulanya tidak merestui perkahwinan anaknya dengan orang utara akhirnya menerima dengan lapang dada kerana akhlak yang ditonjolkan oleh menantunya.Seorang yang memiliki fahaman agama yang tinggi akhirnya ‘kamcing’ dengan rakan sebiliknya yang baru walaupun freehair kerana keluhuran budipekerti yang memikat hati.Begitu juga seorang wartawan kristian yang islamphobia akhirnya memeluk agama Islam kerana ketinggian akhlak tentera Taliban yang menahannya!

Nuklear akhlak yang meledak jauh kedalam hati-hati manusia itu sekaligus memusnahkan segala duri-duri perbezaan yang pernah wujud.Tandus dan dilupakan.Yang jelas pada pandangan adalah akhlak dan peribadi yang mulia.



Bagaimana pula dengan mereka yang berakhlak buruk?

Akibatnya sama sahaja.Nuklear akhlak yang buruk itu natijahnya memusnahkan segala pohon-pohon kebaikan yang wujud padanya.Tiada guna kekayaan,kecantikan,keturunan yang baik-baik,fahaman agama yang tinggi, jika dikotori dengan akhlak yang hodoh dan jelek.Apatah lagi jika kita merupakan golongan pendakwah muslim yang sering melaungkan slogan-slogan perjuangan,berkopiah dan bertudung yang labuh akhirnya membawa fitnah kepada agama dan perjuangan.

Sia-sia dan menghinakan.

Dari Anas bin Malik,

“Akhlak seseorang itu akan sampai ke tingkat yang tertinggi didalam syurga disebabkan kecantikkan akhlaknya walaupun ia seorang yang tidak banyak ibadahnya,dan akan sampai ke tingkat yang paling rendah didalam neraka jahannam disebabkan keburuklan akhlaknya walaupun ia seorang yang banyak ibadahnya.”


DILEMMA THIQQAH

“Ramli nak tau tak abang tu kan,dia……..,”begitulah ‘nasihat’ seseorang yang berpenyakit hati kepada Ramli.

“Eh yeke,tapi selama ni dia tak macam tu pun,”balas Ramli dengan penuh keyakinan.Keyakinan yang tunjangnya pada akhlak abang yang disayangi dan begitu rapat padanya.

“Betul Li,dia nampak je macam tu.Tapi belakang-belakang….,”

Tetapi Ramli tidak dapat menerima berita itu bulat-bulat.Lantas ditanya terus kepada empunya diri bagi mendapat sebuah kepastian.Fitnah momokan itu gagal.Kalah kepada akhlak yang ditonjolkan.

“Betul ke abang buat macam ni?”soal Ramli.Soalan itu ‘dijawab’ dengan tenang.Terjawab sendirinya melalui akhlak,bukan dengan butir-butir perkataan.


Thiqqah itu tidak perlu dibina kerana sifatnya terbina.Terbina dengan akhlak dan sifat mahmudah yang terpuji.

Bukan dengan topengan dan lakonan yang dimomokkan.

Read More......

16 October 2008

TARBIYYAH DARI SI CILIK (1)

TARBIYYAH DARI SI CILIK (1)

“Ustaz,kenapa mata ustaz berair aje?ustaz baru bangun tidur eh?”,bertanya Azimah.Saya mendiamkan diri sambil mencedok makanan ke pinggannya.

“Ustaz menangis ke?,”Aishah pula bertanya.Soalan itu dibiarkan tidak berjawab.Muram.Melihat tingkahlaku saya,Aishah terus bersembunyi disebalik rakannya.Barangkali takut dengan wajah saya yang mencuka.

“Aishah!”saya memanggil Aishah kembali ketika dia mula berjalan pergi dari meja hidangan makanan.Kemudian saya melemparkan senyuman.Dibalasnya dengan manja.Tidak mampu untuk bermasam muka dihadapan kanak-kanak yang tidak mengerti apa yang sedang saya hadapi.Innocent.



Sudah hampir empat bulan saya menjadi warden di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum.Sekolah rendah swasta yang baru ditubuhkan empat tahun ini menjadikan pembinaan syakhsiah pelajar sebagai perkara utama.Sebelum menjejak kaki ke sekolah ini,ada diantara sahabat yang mengatakan bahawa kehidupan disini stressful.Mana tidaknya,tinggal di bangunan lot kedai.Siang malam pemandangannya adalah batu.Hidup dalam komuniti yang kecil dan jika tidak pandai keluar dari kawasan bangunan sekolah,barangkali saya boleh jadi tidak siuman!

Dua minggu yang pertama saya kerap berulang-alik kerumah sewa sahabat yang berdekatan.Bukan kerana tekanan,tapi tidak biasa berpisah lama dengan sahabat.Dua tahun bersama dikampus sudah cukup untuk mengikat hati-hati kami ini.Rindu.Hikmah ‘Doa Rabitah’ barangkali.

Hendak menyesuaikan diri dengan kerja-kerja sebagai warden agak mengambil masa.Maklumlah tidak biasa membuat kerja rumah.Disini warden tidak hanya menjaga para pelajar tetapi termasuk memasak nasi,membancuh air,membasuh periuk,menyapu lantai,menjadi guru ganti dan kerja-kerja lain yang mungkin tidak sinonim disekolah asrama yang lain.Tetapi semua itu tidak memberi tekanan yang berat kepada saya.

‘FIRST IMPRESSION’ YANG MELESET

“Ain,nah ambil mee ni buat kuah,”berkata Ustaz Danial memanggil Ain yang sedang menambah nasi.Kuah kari laris pada hari itu,maka mee basah diberi bagi mengelakkan pelajar menjamah nasi kering tidak berkuah.

“Buat kuah…betul ni ustaz?”tergeli-geli Ain sambil mensuakan pinggannya.

“Betul la.”

“Ustaz tak tipu?”

“Iyela.Nah ambil.”

“Ok,terima kasih ustaz.”Ain berlalu pergi,meninggalkan kami tergelak kecil di meja makan guru.
Ikmal yang suka panjat belakang.Syamila yang pandai berbahasa.Farhan dan khadijah yang bercakap tanpa brek.Ain yang periang dan lurus.Muaz dan Arif yang sensitif bila disakat.Fatin yang suka makan banyak.Aina yang petah bercakap.Mawardi yang baru darjah satu tapi suka mengenakan kawan-kawannya.Athirah yang begitu kecil budaknya,cute.

Saya merasakan diri terhibur selalu.Tidak tertekan akibat suasana seperti yang disangka pada mulanya.Malah tekanan-tekanan berat yang datang silih-berganti dari luar banyak saya atasi dengan kebersamaan dengan anak-anak kecil yang bersih dari dosa ini.Suatu hikmah yang tersembunyi.Allah berfirman,

“Dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik bagi dirimu,dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk bagi dirimu.Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”


TARBIYYAH DALAM DIAM


Kadang-kadang kita berasa terlalu tertekan.Gerak kerja dakwah yang bertimbun.Jadual program-program yang padat.Senior-senior dan naqib yang asyik ‘menyumbat’ ilmu dan kefahaman secara ‘paksaan’.Masalah dalaman dan luaran yang bertali –arus.Kewangan yang menghimpit.Ditambah lagi dengan pandangan kita yang monotaip,menjadikan tekanan ditahap yang sangat-sangat kritikal.

Tarbiyyah dilihat menjadi mekanisma memproses manusia yang outputnya adalah zombi!

Kadang-kadang pula kita berasa terlalu lapang.Merasakan diri tidak ditarbiyyah langsung.Gerak kerja dakwah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Tiada perselisihan diantara sahabat-sahabat.Tiada juga teguran dari sesiapa.Program-program dan tamrin semuanya

smooth.Akhirnya perasaan bosan menyelubungi diri.Dakwah kehilangan nikmatnya ibarat makanan yang tawar tanpa gula dan garam. Ditambah lagi dengan pandangan kita yang monotaip,menjadikan kelapangan itu sebagai bala yang boleh menyebabkan keciciran dari medan dakwah.

Tetapi benarkah tiada pentarbiyyahan yang berlangsung?

Saya cukup yakin bahawa semua pembaca blog ini tahu akan kisah agung Nabi Yusof yang diceritakan didalam Al-Quran.Peristiwa yang mengandungi begitu banyak pengajaran untuk umat manusia wajar sekali untuk kita teladani.Ketika Nabi Yusof dijatuhkan hukuman penjara tanpa bicara oleh Al-Aziz yang kejam,apakah Nabi Yusof melihat penjara sebagai satu hukuman?atau adakah ia kerehatan dari kekotoran manusia ketika itu dan juga peluang untuk beribadat dan mengadu kepada Allah?

“Yusof berkata,”Wahai Tuhanku!Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka.Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka,nescaya aku akan cenderung untuk(memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh.” (12:33)

Ujian yang Allah timpakan kepada hambanya bukan sahaja yang berbentuk ‘negatif’ seperti kesakitan,kemiskinan,kesempitan dan kematian.Tarbiyyah juga tetap wujud pada kesihatan,kekayaan,kelapangan dan ketenangan.Bergantung kepada cara kita melihatnya kerana pentarbiyyahan dari Allah bersifat sepanjang masa dan tidak terhenti pada selang masa tertentu samada positif atau negatif.


HITAM YANG TIDAK HITAM,PUTIH YANG BUKAN PUTIH

Manusia sering melihat sesuatu perkara secara sehala.Jarang sekali kita cuba melihat sesuatu peristiwa dari sudut yang berbeza.Bukan kerana inginkan kelainan,tetapi bagi mendapatkan kepastian dan keseimbangan dari sesuatu hal yang tertentu.Kalau yang dilihat pada mulanya nampak negatif,maka sampai kesudahnya juga negatif.Tiada usaha melihat pada positif yang tersembunyi.Maka implikasi apabila berhadapan dengan masalah dan ujian adalah stress dan kemurungan.Dan boleh jadi implikasinya adalah kelekaan dan kelalaian apabila dirasakan terlalu lapang dan senang.


Pendakwah yang dinamik sentiasa berfikir dari pelbagai sudut.Tidak mudah menilai sesuatu perkara hanya dengan sekilas pandang.Kalau hendak menyediakan kari ayam,maka bahan-bahannya adalah serbuk kari,ayam,garam,gula,santan dan lain-lain.Begitu juga sesuatu peristiwa,permasalahan atau ujian,bahan-bahan untuk menghasilkannya juga adalah pelbagai dan tidak hanya pada satu sebab.Imam Malik pernah berkata,

“Apabila kamu ditanya tentang sesuatu perkara,hendaklah kamu menghalusi pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapus pemikiran yang sempit.”

Maka wajarkah kita menilai sebelum mengenalpasti dan meneliti kesemua ‘bahan-bahan’?

Ambillah masa untuk fikir sejenak.Perhatilah dari kacamata dai’yang dinamik.

Read More......

11 October 2008

NAMPAK KECIL,IMPLIKASINYA BESAR


TEORI YANG MEMBIMBANGKAN



“Eh,kenapa balik-balik buat program sesama kita sahaja?temanya juga balik-balik ukhuwwah.Family day ukhuwwah,yahoogroup ukhuwwah,semuanya ukhuwwah.takkanlah dah selalu bersama pun tak mantap lagi ukhuwwah?.”


“Tak perlulah nak kerap sangat lagi buat program macam ni.kita kena fokus pada usaha dakwah kepada masyarakat yang semakin jauh dari Allah & ajaran Islam.”

Ungkapan-ungkapan sebegini sudah lazim memenuhi ruang perbincangan ahli-ahli gerakan Islam yang mahukan perubahan agar tidak berada di takuk yang lama.Ya memang benar kerana dakwah sifatnya internal dan external.Usaha dalam mentarbiyyah diri haruslah seiring dengan mekanisma usaha mentarbiyyah masyarakat.Itulah dakwah yang ditekankan oleh Nabi sejak dahulu lagi.Tidak dinamakan pendakwah jika usaha-usaha pentarbiyyahan digerakkan hanya didalam kelompoknya sahaja.Masyarakat dibiarkan hanyut dalam kesesatan yang nyata.Dalam usrah & tazkirah-tazkirah kita juga sering diperdengarkan dengan kisah ahli-ahli a’bid yang akhirnya dibinasakan kerana tidak megajak masyarakat kembali kepad mentauhidkan Allah.Barangkali ungkapan-ungkapan ini timbul kerana merasakan sudah memenuhi kata-kata yang menyebut,




“Ubah diri kamu,dan serulah orang lain.’


TEORI VS REALITI

Jadi mengapa masih ukhuwwah dijadikan tema?ukhuwwah juga masih diletakkan sebagai objektif program-program.Apakah yang sebenarnya bermain-main dikotak fikiran ‘pengarah program’ dan konco-konconya?Mustahil mereka ini sengaja merencanakan program yang sia-sia sekaligus membazir keringat,masa dan wang untuk sesuatu yang tidak perlu.

Jika tiada angin,masakan pokok akan bergoyong.


Lazimnya semua sudah jelas mengenai rukun usrah.Bermula dengan ta’aruf,tafahhum dan disusuli dengan ta’awun serta takaful.Kepentingannya pun umum sudah ketahui.Tetapi adakah kita benar-benar dapat mengaplikasikannya?Ada yang berkata ‘ya’ dan ada yang berkata ‘tidak’.Tetapi saya cukup-cukup yakin yang ramai yang menjawab ya.Ramai yang bermimpi disiang hari.Kadang-kadang hakikatnya bukan terletak pada jawapan yang diberikan.Pepatah inggeris ada mengatakan,”What you do shouts loudly in my ears I can’t hear what you say.”

Perlakuan menterjemahkan hakikat yang berlaku.





“Kenapalah tiada sahabat yang memahami diriku?Kalaulah mereka tahu yang aku punya masalah yang begitu menghimpit.”Lantas permasalahan terus dirahsiakan.

“Mesej tidak berbalas.Telifon pun tidak pernah diangkat.Ukhuwwah konon.”

“Antum semua nak tahu tak?Raihanah tu suka sangat bagi alasan.Dia sengaja nak larikan diri dari buat gerak kerja.Lama-lama futur la tu.”

“Ala Samad,anta ni asyik sakit je.Anta tak payah la nak berlakon.Dahla tak membantu dalam gerak kerja.Asyik menyusahkan orang aje.”



Tiada langsung perasaan ingin memahami. Su’uzzhon mengatasi husnuzzhon.Sedangkan serendah-rendah dalam berukhuwwah adalah bersangka baik dengan sahabat.Jadi apakah tahap ukhuwwah yang terbina setakat ini?

Inilah realitinya.’Pengarah program’ dan konco-konconya ini sebenarnya adalah golongan minoriti yang tajam pengamatan dan peka dengan perubahan sahabat.Mungkin juga mereka adalah tempat rujukan sahabat terhadap masalah-masalah yang dihadapi.Termasuk konflik-konflik yang berlaku diantara sahabat-sahabat.Perkongsian yang bukan pada orang sebarangan.Kepercayaan yang dipertaruh,ditumpahkan pada orang tertentu dalam secebis pengharapan sebuah tindakan sebagai imbalan.


NAMPAK KECIL,IMPLIKASINYA BESAR



Adapun Mujtahid Islam Imam Al-Ghazali dalam karyanya yang agung iaitu Ihya’ Ulumuddin,dalam menyentuh bab berukhuwwah ini menggariskan 5 perkara sebagai pra-syarat kearah berukhuwwah yang sebenar.

1)Pertama,makan dirumah sahabat.

2)Kedua,solat dirumah sahabat.

3)Ketiga,tidur dirumah sahabat.

4)keempat,qada’ hajat dirumah sahabat.

5)kelima,membawa isteri kerumah sahabat.

Kalau ingin dinilai dengan sekilas pandang,apakah signifikannya semua ini dengan ukhuwwah yang mantap? Pada pandangan saya,cuba dulu baru tahu.Bukan semua perkara dapat ditulis dan dikisahkan.Sebahagiannya hanya dapat diperoleh dengan merasai dan mengalami.Mungkin pada pandangan ilmu kita yang cetek ini,perkara menziarahi sahabat ini nampak kecil.Ketahuilah bahawa implikasinya besar!Sengaja saya senaraikan dipermulaan artikel ini sebahagian dari rumah sahabat-sahabat yang pernah saya ziarahi.Dan tidak dapat dinafikan bahawa mereka dengan rating hampir kepada 5/5 (mengikut bilangan pra-syarat yang berjaya disempurnakan) lebih saya fahami watak dan perlakuan mereka.

Jelas sekali kesemua pra-syarat mestilah dilakukan dirumah sahabat.Mengapa hanya dirumah sahabat?Kerana rumah boleh bercerita tanpa lidah.Kerana ketulan batu-bata dan juga simen itu mampu menguraikan seribu satu kisah mengenai sahabat kita.Menjernihkan pandangan yang kabur dan mengungkapkan hakikat sebenar yang bersembunyi disebalik watak dan perlakuan manusia yang kita kenali pada namanya sahaja.

Terang lagi bersuluh.


SAHABAT SEBAGAI MADU’

Barulah kita mula faham mengapa dia seorang yang pendiam.Barulah kita mula faham mengapa dia kerap tidak hadir keprogram tetapi asyik pulang kerumah.Barulah kita mula faham mengapa dirinya sibuk mencari wang dicelah kesibukan akademik dan usrah.Barulah kita mula faham mengapa pemikirannya begitu kolot dan terkongkong.Barulah kita mula faham mengapa dia begitu mementingkan CGPA yang cemerlang.Barulah kita mula faham mengapa dia kelihatan seolah-olah mementingkan diri dan menjauhi sahabat-sahabat yang lain.Semuanya bersebab dan persoalan-persoalan yang sekian lama terbuku dihati mengenai dirinya kini terjawab.Rukun usrah kedua sudah terlaksana.Tafahhum.

Tidak mungkin ta’awun dan takaful boleh terlaksana jika asyik bersangka buruk.Ketahuilah bahawa kebanyakan perselisihan faham timbul dari sikap kita yang tidak mahu reach out seeking to understand.Sahabat-sahabat juga adalah madu’ dan sikap kita sebagai dai’ terhadap madu’ adalah mendekati dan bukan didekati.

Sudahkah kita mengunjungi rumah sahabat yang kita katakan bermasalah itu?Jadi bagaimana kita menilai ukhuwwah kita sebenarnya?

Tepuk dahi,salahkanlah dahulu diri.

Read More......

08 October 2008

Memburu kesempurnaan yang tidak berkesudahan

Memburu kesempurnaan yang tidak berkesudahan

“Kenapa abah tak boleh faham apa yang aku cuba lakukan?bukannya aku nak buat benda yang salah.”

“Aku ini bukan anak harapan.Semua aku buat bukannya mak abah akan hargaipun.lainlah abang long.Dia tu pandai.Pandai aje ambil hati mak abah.”

“Mak ni asyik membebel aje.Rimas telinga dibuatnya.Semua benda yang aku buat ada je yang nak di’lecture’kan.”

“Kenapalah Allah lahirkan aku dalam keluarga semacam ini?semuanya serba tak kena.Aku tak mampu tanggung lagi.Rasa macam nak lari je.”

Begitulah antara monolog,getusan hati yang tidak mungkin menipu yang pernah saya alami dan sebahagiannya sampai ketelinga saya dari sahabat-sahabat.Saya juga cukup yakin yang ramai dikalangan anda juga pernah terlintas perkara yang sama. Kadang-kadang kerja amar maruf yang hendak dilakukan tetapi tiada sokongan langsung dari mak abah.kadang-kadang cemburu dengan perhatian yang diberikan mak abah kepada adik beradik yang lain.Mungkin juga sebahagian dari kita punya emak yang suka marah-marah dan banyak celotehnya.




Tidak mustahil juga ada dikalangan kita yang merasakan keluarganya yang paling teruk.Sehinggakan merasa dirinya begitu celaka dilahirkan dalam keluarga yang mungkin 19,20 tahun membesar didalamnya.Mungkin kerana keluarganya diambang keretakan(penceraian). Mungkin juga disebabkan tiap hari melihat pertengkaran diantara mak abah ataupun diantara adik-beradik.Melihat perubahan negatif adik atau abangnya cukup membuat dirinya buntu.Akhirnya timbullah getusan hati dan monolog dalaman yang menggambarkan kekecewaan yang teramat parah.

Yang kelihatan jelas padanya hanyalah kelemahan.

Kecewa.

Perbandingan yang tidak jujur

Perasaan kecewa dengan keluarga sendiri bertambah lagi apabila dia mula membanding-banding dengan keluarga sahabat-sahabat yang dirasakan lebih beruntung.Maka tidak mustahil terpacul dari mulutnya perkataan-perkataan yang mungkin tanpa disedari boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

“Kenapala aku dilahirkan dalam keluarga yang porak-peranda macam ni?”

“Seronoknya tengok keluarga Fatimah.Penuh dengan kasih sayang.Tak macam aku yang malang ni.”

“Eh Abu,engkau rasa ada orang yang lagi malang daripada aku tak?tiap-tiap hari aku tengok ada je orang bertengkar dalam rumah aku.Rasa macam nak lari je.”

“Liza,anti senang je nak ke tamrin kan?minta je,mak abah anti mesti bagi.Tak macam ana.Mesti kena perah otak mencari seribu satu helah.Kita tukar family nak?.”


Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat.Lafaz-lafaz yang mungkin boleh diertikan dengan tiada perasaan redha dengan ketentuan Allah sekaligus mengingkari kekuasaan Tuhan yang boleh berbuat apa sahaja terhadap hamba ciptaanNya! Nabi pernah berpesan supaya menjaga dua perkara untuk selamat didunia dan diakhirat iaitu kemaluan dan juga lidah.Pepatah melayu juga ada menyebut kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.

Diantara keluarga yang haraki bersama mak abah yang pilh kasih,keluarga yang didalamnya seorang emak yang selalu marah-marah,keluarga yang didalamnya seorang abang yang liar dan mat rempit,keluarga yang didalamnya seorang adik perempuan yang asyik keluar berpacaran dengan kekasihnya,keluarga yang didalamnya berlaku perceraian,keluarga yang bahagia tetapi memiliki mak abah yang mengongkong apabila hendak ke tamrin,keluarga yang tiada amal islami didalamnya dibandingkan dengan seorang manusia yang tiada mak abah,adik,abang dan kakak.Yatim piatu!

Keluarga mana yang anda akan pilih?


Belajar merenung pada yang lebih teruji.



Kita suka menonton cerekarama di TV3 yang memang top dalam mengetengahkan cerita-cerita yang menyentuh emosi.Tetapi di dalam realitinya kita gagal mengadaptasikan bahawa suasana dan peristiwa didalam cerita itu memang boleh berlaku!Namakan sahaja apa jenis masalah keluarga yang ditayangkan.Semuanya kita pernah tonton.Tetapi pernahkah kita membayangkan diri sendiri adalah watak-watak didalam cerita-cerita tersebut?

Diantara keluarga yang didalamnya seorang ibu yang melacurkan diri,keluarga yang ayahnya dipenjarakan kerana membunuh,keluarga yang didalamnya adik melakukan perbuatan terkutuk dengan kakak,keluarga yang didalamnya abang yang mengedar dan penagih dadah,keluarga yang rumahnya bersepah dengan botol arak dan punting-puntung rokok dibandingkan dengan keluarga anda sekarang ini.

Keluarga mana yang anda akan pilih?

Sahabat-sahabat,janganlah menipu diri.Buatlah perbandingan yang jujur.Cuba kita sama-sama renung,apakah jika kita merasakan keluarga kita punya kelemahan maka tiada langsung sekelumit perkara yang baik?


Renunglah pada firmannya:”Sekiranya engkau bersyukur nescaya akanKu tambahkan untukmu,tetapi sekiranya engkau kufur sesungguhnya azabku amat pedih.”

Barangkali keluarga anda tidaklah seteruk yang saya gambarkan.Tetapi semestinya tiap-tiap keluarga punya kelemahan.Kelemahan yang kecil yang kadang-kadang kita terlalu besar-besarkan.Kelemahan yang melemahkan mental dan fizikal kita.Penambah rencah kepada masalah-masalah yang sedia ada.Sedangkan kita tidak punya banyak masa kerana memiliki tugasan yang lebih penting untuk agama dan perjuangan.

Mungkin juga kerana kita terlalu memburu kesempurnaan yang tidak berkesudahan.



Cuba selami sentuhan watak Elya Khadija didalam ‘Tautan hati’. Mungkin Fatimah Syarha dapat membantu anda membuat perbandingan yang jujur.

Read More......

07 October 2008

Tinta pembuka tirai mayaku...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi Rabbi kerana mengizinkan saya menyiapkan blog ini.Moga ia menjadi permulaan yang baru kepada saya untuk menyampaikan message dan perkongsian buah fikiran yang bermakna kepada seluruh umat Muhammad saw.

Moga Allah menilai tiap huruf yang ditulis sebagai bekalan amalan yang bermanfaat seorang hamba dalam pelayaran menuju Penciptanya yang Maha Agung.InsyaAllah.

Sabda Nabi,
"sampaikanlah walau sepotong ayat..."

illal liqa' ma'as salamah.

Read More......