28 November 2009

TARBIYYAH SI CILIK (3)-BILA SI KECIL BERTANYA

TARBIYYAH SI CILIK (3)-BILA SI KECIL BERTANYA

“Em,nama anti Siti Balqis ye?”,saya sengaja bertanya bagi mencari ruang memulakan perbualan.’Name tag’ yang terjahit pada tudung putihnya itu jelas menunjukkan namanya.

“A’ah”,Balqis menjawab perlahan.Malu-malu.


“Balqis darjah berapa?”


“Darjah satu.”


“Balqis kenal ke ustaz?”saya sengaja bertanya walaupun mengetahui bahawa dia tidak mengenali saya.


“kenal,ustaz Nasrul.”


Ala mana aci,tengok baju ustaz,”pada baju jaket saya juga tersulam nama.


Balqis tersenyum.


Bas terus meluncur laju menuju ke Kem PLKN Bukit Besar.Lokasi program bagi Smart Camp SRIBU 2009..Peluang untuk bersama-sama dengan putera puteri Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum merupakan kesempatan yang saya nanti-nantikan.


Kemesraan yang terjalin dengan pelajar dan kakitangan walaupun hanya 6 bulan bekerja disana sudah cukup memaut hati saya untuk terus mencari ruang untuk bersua dan melepaskan rindu.Mereka bukan pelajar biasa,mereka sangat-sangat istimewa.Pentarbiyyahan islamiyyah yang diterap kepada mereka dari kecil jelas membezakan peribadi dan fikrah mereka dengan orang awam.


“Ustaz,ustaz dah kahwin?,”tiba-tiba Balqis bertanya,menyedarkan lamunan saya yang sudah terbang entah kemana.


Soalan itu benar-benar membuat saya terpana seketika.


Bukan kerana soalannya yang pelik,tetapi kepelikan tertumpu kepada empunya diri yang bertanya.Balqis baru darjah satu,tetapi bagaimana soalan itu yang menjadi ‘target question’ kepada orang yang baru dikenali.Mengapa bukan bertanya mengenai negeri kelahiran,atau mungkin soalan-soalan yang lebih simple.Soalan itu terlalu ‘high level’ bagi umur sepertinya.


Saya terdiam.


“Ish,ustaz muda lagi,ustaz belum kahwin la.Lagipun ustaz pemalu,”saya cuba mengalih kepersoalan lain.


“Diorang tak malu pun ustaz,”Balqis menjuih bibirnya ke tingkap,mengarahkan saya melihat ke luar bas.Rupanya kebetulan bas melintas satu majlis kenduri perkahwinan.


Saya tersilap bagi alasan.Sepatutnya memberi alasan yang lebih rational kepada Balqis.Mungkin kerana hendak tumpu belajar,ataupun kerana hendak berbakti kepada makabah.Mengalihkan pemikiran dan tumpuan budak-budak bukan mudah.Dewasa ini,mereka membesar dengan cepat.Kali ini saya betul-betul terpukul dengan si kecil ini.


MEMILIH ITU PERLU


Perkahwinan adalah fitrah manusia.Manusia normal sudah pasti ingin berkahwin tidak kira siapa dan bagaimana latarbelakangnya.Yang kaya atau yang miskin,pandai atau yang jahil,ahli maksiat atau ahli ibadat,malahan yang islam,kafir dan mana-mana penganut agama sekalipun.


Persoalan perkahwinan bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan.Terutamanya bagi mereka yang inginkan kebahagiaan bukan sahaja di dunia,tetapi ingin membina mahligai impian di syurga kelak.


Kita analogikan begini.Faizuddin merupakan pelari pecut.Bagi menghadapi perlumbaan,beliau tidak boleh berkaki ayam tetapi memakai alas kaki.Alas kaki boleh jadi selipar jepun,boleh jadi sandal,dan boleh jadi kasut.Tetapi bagi memudahkan larian,maka kasutlah dipilih.



Apakah cukup dengan memilih mana-mana kasut?ada kasut untuk hiking,ada untuk sukan badminton,ada juga untuk futsal dan ada juga yang dikhaskan untuk berlari.Sudah tentu Faizuddin memilih kasut khas untuk berlari.


Kasut untuk larian juga mempunyai pelbagai jenis.Di sini Faizuddin sukar memilih kerana kurang memahami apakah kriteria kasut yang terbaik yang benar-benar boleh membantunya secara optimum bagi menyudahkan larian.




Antara kahwin atau membujang


Allah berfirman,

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"



(Surah An-Nur 24:32)


Nabi bersabda,


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"



(riwayat Bukhari dan Muslim)


Saya tidak mahu menyentuh tentang tuntutan perkahwinan dan kepentingannya.Saya rasa sebahagian besar dari kita sudah tahu,malah hafal dalilnya.



Antara agama dan tujuan dunia


Dalam sebuah hadis,nabi menerangkan mengenai kriteria calon wanita yang sebaiknya menjadi pilihan.Nabi bersabda,


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana kekayaan, kedudukan, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu...”


(HR. Bukhari Muslim)




Saya merasakan umum sudah mengetahui bahawa ciri yang paling utama bagi memilih pasangan adalah yang beragama.Tetapi cukupkah dengan pilihan beragama?



Antara pilihan kita dan pilihanNya


Kalau tadi skop pilihan terlalu luas,maka skopnya semakin mengecil.Saya tidak mengatakan bahawa memilih skop beragama sahaja itu salah,tetapi saya ingin membawa diri dan pembaca semua supaya memilih yang terbaik.Seperti tamsilan yang saya berikan tadi,Faizuddin tahu bahawa dia perlu memilih kasut larian tetapi keliru untuk memilih kasut larian mana yang paling sesuai.



Di sini yang terbaik yang saya maksudkan adalah dari kacamata Pencipta kita iaitu Allah.Dalam ertikata lain,pasangan manakah yang terbaik bagi kita untuk menumpahkan kecintaan dan kasih sayang semata-mata kerana kita cintakan Allah.


Menyukai apa yang dibenci kerana Allah suka,dan membenci apa yang disukai kerana Allah benci.Fathi Yakan dalam kitabnya yang tersohor,iaitu apa ertinya saya menganut Islam meletakkan persoalan cinta itu dibawah bab aqidah dan bukannya ibadah ataupun akhlak.Ini bermakna cinta itu adalah persoalan tunjang keimanan seseorang.Jika seseorang itu gagal mencintai kerana Allah maka ia merupakan manifestasi kepada kecacatan iman dan tauhid yang dipegang.


Allah adalah tumpuan kecintaan.


Segala cinta dan kasih sayang bagi mereka yang benar-benar beriman adalah hasil kecintaan kepada Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:


“Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya nescaya dia akan merasa kemanisan iman, iaitu apabila Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari segala sesuatu selain keduanya, apabila seseorang mengasihi seseorang yang lain kerana Allah, dan apabila dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana bencinya ia untuk dicampakkan ke dalam api neraka.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim)



PERCATURAN PENDAKWAH


Seorang peniaga akan sentiasa memikirkan bagaimana ingin menggandakan keuntungan.Tiap tindakan tidak boleh disia-siakan.semuanya berorientasikan hasilan.


Begitu juga dengan pendakwah,tiap gerak langkah mesti memberi keberuntungan untuk dakwah yang diperjuangkan.Ini termasuk juga perkahwinan dirinya.Perkahwinan bagi dai’ yang sebenar adalah satu peluang keemasan bagi melebar sayapkan dakwahnya.Pilihan yang tepat boleh menyebabkan keberhasilan yang diluarjangkaan.


Ia juga boleh berubah menjadi mala petaka jika ia gagal membuat pemilihan yang tepat.Mungkin kariernya sebagai dai’ boleh musnah dalam sekelip mata.Pendakwah perlu bijak dalam percaturannya.


i)Yang sedia dibimbing


Pernah satu ketika saya ditanya oleh seorang sahabat,dia merasakan bahawa tiada muslimat yang memenuhi ciri-ciri apa yang dia rasakan terbaik bagi dirinya.Kalau dilihat,dia memang merupakan sahabat yang berakhlak dan tinggi ilmunya.Memang benar seandainya hendak melihat muslimat yang secocok dengannya teramat sukar hendak dicari.


“Apa kayu ukur yang anta mahukan,”saya bertanya.


“Ana tengok tiada seorang muslimat pun yang memenuhi ciri-ciri yang ana nak.Kalau boleh biarlah yang ilmu agamanya kuat.(saya tidak tahu apa yang dimaksudkan olehnya dengan kuat agama).Selain itu perangai tu mestilah menjaga.,”dia cuba memberi penerangan.


“Kalau ana bagitau anta benda ni,anta jangan terkejut,”saya cuba menduga rasa ingin tahunya.


“Apa dia?cakap je.”


“Anta nak tau tak,muslimat yang ada dekat depan anta sekarang ni majoritinya pernah ada sejarah bercouple dan berdating.Ada yang diantaranya sebelum ini biasa berseluar jeans,tudung baling-baling aje…Yang naik motor dengan lelaki pun ada.”


“Hah,anta biar betul.Macam tu susah la macam ni.cancel la,”dia mula putus asa.


“Itulah hakikatnya.Tetapi disitu mencerminkan keagungan Allah.Allah memberi hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendaki.Cuba anta tengok balik kita semua.Berapa ramai dikalangan kita yang mendapat pendidikan agama formal?berapa ramai yang dilahirkan dari keluarga yang memiliki fikrah islam?tak sampai 1% pun.Tetapi pada hari ini,mereka-mereka inilah yang Allah pilih untuk jadi penyambung tugas Nabi.”


“Habis tu macam mana?takkanlah ana nak pilih orang yang ada sejarah macam tu.”


“Jangan lihat mereka yang dulu.Lihat mereka yang sekarang.Lihat apa perubahan yang telah mereka lakukan demi perjuangan dan Islam.Dulu tudung baling-baling,sekarang tudung bulat.Sekarang mungkin ada yang anta tengok macam ada yang kurang menjaga perlakuan antara muslimin.Tapi bandingkan muslimat itu pada dirinya yang dulu.Kalau dulunya dia bercouple dan membonceng lelaki,tetapi sudah clash dan mengorbankan cinta lama.Maka bukankah dia telah banyak berubah?,”persoalan demi persoalan saya lontarkan.


“Yang penting adalah kesediaan dia untuk dibimbing.Bukti terbesar bahawa muslimat itu bersedia untuk dibimbing adalah dengan membandingkan dirinya dengan masa lalu.Perubahan demi perubahan yang dilakukan menunjukkan bahawa dia bersedia untuk terus membuat perubahan dimasa hadapan InsyaAllah.”


Saya bukanlah ingin menghalalkan segala kesalahan atau kesilapan yang dilakukan.Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.Tetapi perubahan itu adalah satu proses.Sesuatu yang beransur-ansur dan mengambil masa.Pintu taubat sentiasa terbuka bagi Allah,maka mengapa kita harus melebihi Allah dalam hal ini?Seperti kata saidina Ali KWH.,


“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.”


Jika seseorang itu mahu dirinya dibimbing,maka itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai.Seandainya seorang muslimat itu ilmunya menggunung,tetapi riak dan merasa dirinya serba cukup,maka ia merupakan satu malapetaka yang maha dahsyat.Ibaratnya dua buah bekas,satu terbuka dan dengan mudah diisi air.Manakala gelas yang satu lagi mempunyai penutup yang betul-betul rapat dan berkarat.Entah bila akan terbuka atau mungkin tidak dapat terbuka sampai bila-bila!


ii)Maslahah Dakwah.


“Mengapa anta memilih Aqilah?ana rasa lagi sesuai anta dengan Nabilah,”Ustaz Azrul memberikan pendapatnya.


“Em,dua dua ok je bagi ana.Sama je.Perangai pun lebih kurang,”Marwan menjawab spontan.Dihadapan murabbinya tiada apa yang perlu diselindungkan.


“Ya,mereka sama tapi tidak serupa…,”Ustaz Azrul mula memberi penerangan.


“Cuba anta tengok latarbelakang keluarga mereka berdua.Ibarat langit dan bumi.Seandainya anta tersalah pilih,mungkin akan menyebabkan seorang lagi tercicir sedangkan keduanya berpotensi besar.Lagipun Nabilah dua tahun lagi tua dari Aqilah.Pada pandangan Ustaz,Nabilah lebih aula bagi anta.Aqilah mempunyai kelebihan background Islamic.InsyaAllah dia mampu survive hingga ada muslimin yang lain datang merisik,”Ustaz Azrul menjelaskan dengan panjang lebar.


Seperti analogi yang saya nyatakan diawal penulisan,Faizuddin akhirnya ingin memilih kasut larian tetapi masih keliru kasut larian yang bagaimana yang paling efektif bagi dirinya.Dia boleh sahaja membuat pilihan yang mana satu sekalipun,tetapi mungkin dia mungkin akan kerugian.Akhirnya Faizuddin membuat keputusan untuk bertanya kepada manajer peribadinya.Manajer yang sentiasa melihat perkembangan dirinya dari semasa ke semasa.


Begitulah peri pentingnya kita bertanya kepada orang yang lebih arif dalam hal ini.Boleh sahaja kita membuat penilaian pemilihan terbaik dimata kita.Tapi boleh jadi kita telah membuat keputusan yang diluar bidang kemampuan diri sekaligus tidak memberi impak semaksima mungkin kepada dakwah dan perjuangan.Itu merupakan tindakan yang kurang bijak dan mementingkan diri.


Jadi,buangkan sifat ego dan mulakan langkah terbaik dengan bertanya.


KELU TAK TERKATA,DIAM SERIBU BAHASA


“Ustaz,mai la sini jap,”Misbah memanggil saya.Ketika itu beberapa pelajar sedang tersengih-sengih melihat belakang pintu loker.


Ada apa?”saya seperti sudah dapat menduga,mesti budak-budak PLKN sudah menconteng perkara yang tidak baik diloker itu.


“Ustaz datang la sini.Ada orang lukis benda tak elok,”Misbah memanjangkan kalam.Pelajar yang lain sudah mula memanjangkan leher untuk melihat apa yang terpampang disitu.


Saya menjadi kaget.Mereka sudah sedaya upaya dijaga sebaiknya melalui pentarbiyyahan.Tetapi.Itulah senario akhir zaman.Kemaksiatan dan kejahilan berada dimana-mana.Terlalu sukar untuk melawan gelombang thagut.Begitu payah sekali menjaga Iman dan Islam dalam diri.


Bagaimana agaknya cabaran kita membesarkan anak-anak kecil seperti ini 10 tahun akan datang jika sekarang inipun cabarannya teramat dahsyat?


“Ya Allah,wahai Tuhan kami,bantulah kami mengingatiMu,mensyukuriMu,mentaatiMu dan bantulah kami menjadi hambaMu yang baik.”


Allahuakbar.Bantulah kami.


Read More......

04 April 2009

AKU YANG DULU 2-LEMBARAN BARU

AKU YANG DULU 2-LEMBARAN BARU

((“Shahrul,kenapa aku nak berubah tapi tak dapat?Aku dah cuba dah untuk tidak bercouple lagi.Tapi boring la bila tak main mesej jiwang-jiwang ni.Aku memang tak boleh tinggal la.”

“Saya belum lagi mendapat hidayah Allah untuk bertudung,”berkata seorang penyanyi.

“Bagaimana ana nak berhenti dari melanggar perintah Allah?Ana betul-betul tiada kekuatan.Dunia dan kenikmatannya terlalu mengasyikkan.Ana betul-betul nak berubah,tapi asyik kalah kepada hawa nafsu dalam diri,”monolog seorang pendakwah.

“Aku memang seorang yang pemarah.Memang dari dulu lagi aku macam ni.Bukan senang nak ubah.Terima kasih la tolong nasihatkan,tapi aku tak rasa aku mampu ubah mendadak.”

Segala-galanya yang berlaku dibiarkan sahaja.Seolah-olah semuanya mengharapkan turning point itu untuk hadir.Mungkin mahu diperlihatkan di langit dunia seksaan yang bakal diterima diakhirat kelak secara’live’,baru mahu cuba memperbaiki diri.Keingkaran kepada Pencipta terus berlaku atas alasan tiada kekuatan untuk mengatasi dan berubah kepada yang lebih baik.

Perasaan ingin berubah dibiarkan tanpa tindakan.Sungguh merugikan.))

Saya memetik sedikit dialog dari kesimpulan yang saya buat dalam artikel saya yang lalu ‘AKU YANG DULU…’ dibawah label ‘islah diri’.Rationalnya adalah kerana ia berkait rapat dengan artikel yang anda sedang baca ini.

Artikel yang dulu mengajak kita semua agar tidak menangguhkan perubahan yang ingin dilakukan.Penekanan diberikan pada statement ‘kesedaran hendaklah disusuli dengan tindakan’.

Artikel pada kali ini adalah kesinambungan yang terdahulu kerana ia mengajak pembaca tentang bagaimana hendak memilih tindakan bagi menghasilkan perubahan yang dikehendaki.

Bukan retorik.

Bukan gimik.

Tetapi tindakan yang menghasilkan perubahan.

KEKELIRUAN TUJUAN

Manusia sentiasa rindu untuk menjadi baik.Ketika hendak melakukan kemungkaran,maka terdapat bisikan halus,perasaan tidak sedap hati yang melarang.Samada dituruti atau tidak,bergantung kepada kekuatan batiniyah untuk mencegahnya.Itulah suara hati insan yang sifatnya fitrah,mendambakan kebaikan dan ketaatan kepadaNya.

Bagi yang pernah merasai kemanisan berbuat taat atau menjadi ‘orang baik’,maka ia terdorong lebih kuat untuk kembali kepada zaman itu.Satu motivasi bonus baginya untuk berubah kembali berbuat taat.

Tetapi semua pendorong itu bakal menjadi sia-sia sekiranya gagal mengenalpasti tujuan yang sebenar.Apakah yang mahu dilakukan itu perubahan,atau mungkin satu anjakan?

‘Perubahan’(changes) atau ‘anjakan’(shift)?

Sebelum saya pergi lebih jauh,maka sebaiknya kita memahami makna dua perkataan ini.

‘Perubahan’ yang saya maksudkan disini adalah penghijrahan secara bertahap,selangkah demi selangkah.Hijrah yang mengambil masa yang lama dan perlahan.

‘Anjakan’ juga merupakan perubahan.Tetapi anjakan yang saya maksudkan disini adalah perubahan dalam skala yang besar.Perubahan yang drastik,menyeluruh atau total.

Ramai yang sebenarnya ingin membuat anjakan pada dirinya,tetapi terkeliru dengan menyatakan bahawa ia ingin membuat perubahan.Akhirnya golongan ini putus asa kerana merasakan diri tiada kemajuan dan gagal untuk mengislahkan diri menjadi lebih baik.Disangka bahawa dirinya tiada penambahbaikan,sedangkan ia sedang menuju ke matlamat walaupun dengan langkah yang perlahan dan bertahap.

Analogi lif dan tangga boleh memudahkan pemahaman.Hasmah ingin naik ke tingkat teratas sebuah bangunan sepuluh tingkat.Di tingkat teratas dia bakal bertemu dengan Aisya,kawan yang sekian lama tidak berjumpa.Kini dia berada depan bangunan itu.Dihadapannya anak tangga ketingkat pertama dan seterusnya.Sekiranya dia memilih naik menggunakan tangga,sudah pasti ia meletihkan.Setingkat demi setingkat perlu ditempuhi.Tidak mungkin dia boleh naik ke tingkat lima tanpa melalui tingkat empat.Barangkali juga dia akan terlalu letih dan akhirnya putus asa.Jika Hasmah betul-betul tabah dan sabar,baru dia mampu meneruskan langkah.



Tetapi dia mundar-mandir beberapa ketika dibahagian bawah bangunan.Setelah berjumpa dengan pengawal keselamatan,dia bertanya tentang kedudukan lif.Dalam fikirannya,takkanlah bangunan sepuluh tingkat tiada lif.Dalam hanya beberapa minit Hasmah sudah sampai ketingkat sepuluh.

Sekiranya anda diberi pilihan,apakah lif atau anak tangga yang akan digunakan?anjakan atau perubahan?
Bolehkan anjakan dilakukan?apakah ‘lif’ ini wujud dalam merubah diri?

ANTARA DUA KEWAJARAN

“Kenapa anta pakai macam ni?nak pergi ke Penang macam ni?”,Tanya seorang sahabat kepada saya sebaik mahu bertolak dari Shah Alam.Tergambar penuh kehairanan pada raut wajahnya melihat saya berjubah lengkap dengan serban.

“A’ah,”jawab saya spontan.Saya tidak merasa kekok berpakaian demikian.Berhenti di R&R,berdepan dengan khalayak ramai tanpa merasa pelik pada diri sendiri.

Saya namakan ia kewajaran.

Kewajaran itu terletak pada mind set sesorang.Kewajaran itu berbeza bagi tiap orang yang berlainan,mengikut cara berfikir.

Sebelum itu saya jarang sekali berjubah dan berserban.Jarang sekali saya memakai kopiah kehulur kehilir walaupun mengganggap diri sebagai pendakwah.Pada saat itu saya tidak pernah tergambar diri saya yang sebegini.Dua bulan sebelum itu saya adalah ‘orang lain’.



Islah ini berlaku begitu cepat.Tidak sampai sebulan saya mengasingkan diri dari kenalan dan keluarga.Mengangkat kaki jauh ke timur semenanjung,ke Madrasah Diniyyah Al-Bakriyyah atau lebih terkenal dengan nama Pondok Pasir Tumboh.Sesuatu yang sukar dirungkai.Dari pengalaman mendengar khutbah ‘pelik’ yang membuatkan mata basah dari mula khutbah hingga selesai solat jumaat,amanat semasa berjumpa dengan pengasas pondok iaitu Tuan Guru Haji Hashim,tiap hari tidur bertemankan tikus dipondok usang itu,hinggalah peristiwa ‘dihalau’ & terpaksa tidur ditingkat dua masjid,masa-masa yang berlalu saya catat satu per satu.Saya yakin catatan-catatan ringkas pada
lembaran putih itu akan memberi manfaat dimasa akan datang.

Pada saat ini pula saya terfikir,kenapa dahulunya saya begitu segan untuk berkopiah,bersikap pemaaf dan membuat kebaikan-kebaikan yang lain.Kedua persoalan ini tidak dapat saya jawab dengan tepat.Diri saya yang sebelum dan selepas,ibarat dua orang yang tidak pernah berjumpa.Saling pincang menerangkan tentang sikap satu sama lain.Saya merasa pelik dengan diri saya yang dulu!

Tetapi apa yang boleh saya simpulkan adalah kewajaran saya yang telah berubah.Cara
berfikir saya telah berubah.
Anjakan adalah menifestasi perubahan cara berfikir.Cara berfikir yang akhirnya
diterjemahkan dalam bentuk tindakan.


Bagaimana cara berfikir boleh berubah menatijahkan sebuah anjakan dalam hidup?

FORMULA DALAM KEMBARA

Saya mula meneliti hari-hari mulanya ketika saya membuat keputusan untuk pergi ke pondok,halangan yang timbul sebelum akhirnya tiba di bumi serambi mekkah itu,peristiwa 25 hari bermalam di pondok dan sekembalinya kerumah bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan.

Apakah manusia mampu membuat anjakan?Apakah kuncinya?

Alhamdulillah,akhirnya saya bertemu dengan satu kesimpulan.Satu formula pengislahan yang saya namakan ‘3K SHIFT’.



Perbezaan yang menyebabkan samada anjakan atau perubahan yang bakal dilakukan adalah
pada pilihan langkah ketiga.Iaitu antara ketepatan kaedah dan kebenaran kaedah.

Baca macam sama,hakikatnya ada sedikit perbezaan halus yang membawa kepada output yang jauh sekali berlainan.

MENGARAHKAN TINDAKAN


“Buat apa kita nak sedih menangis,kita bukan buat apa salahpun,”kata Wan kepada Pijan.Motivator dihadapan mereka menceritakan kebesaran Allah dan betapa kerdilnya manusia yang selalu ingkar.Mereka dibelakang begitu sombong dan ego.

“Masalahnya memang dia yang salah,saya marah dia macam tu sebab nak menegakkan kebenaran.Herdik tu jugak dalam kategori hikmah.”

“ Aku memang dari kecil perangai macam ni.Memang payah nak ubah.”

“Ala dia bukan tau apapun,”begitulah kata-kata seorang yang begitu bangga diri,ditujukan kepada saya suatu masa dahulu.Mungkin merasakan bahawa ilmunya begitu banyak dan hebat.Begitu lancar mulutnya memperkecilkan orang lain.

“Yang anta ni tegur-tegur orang tu kenapa?baru seminggu dah nak tunjuk bagus.”
Menutup pintu muhasabah sekaligus mengunci rapat pintu islah.Pengislahan yang asasnya adalah kesedaran.

Janganlah kita memekakkan telinga,membutakan mata dan membisukan mulut kita dari menerima hidayah dari Allah.

Jika perubahan berlaku tanpa kesedaran,maka yang menggantikannya adalah riya’ dan kemunafikan.

Kepada yang sedar bahawa dirinya punya kelemahan,tahniah kerana anda telah hampir selangkah lagi kepada sebuah perubahan.

Fikirkanlah sedalamnya,moga secebis kesedaran ini membuahkan pula keazaman.

Read More......

12 February 2009

BERSABARLAH KETIKA HARAMNYA…

BERSABARLAH KETIKA HARAMNYA…

TINIT…TINIT…,1 new message.Tertera paparan pada telifon bimbit Hafiz.Dicapainya K610i kesayangannya dan dibaca pesanan ringkas dalam inboxnya.


“Salam.Nta tngh watpe?dah mkn mlm lum?...Sender:Atie”SMS itu berbunyi.


Hafiz tidak membalas message itu.Diletakkan telifon bimbitnya ditepi meja dan terus kembali menelaah pelajaran.


“Bilakah lagi…kita semua satu hati…bilakah lagi…Islam kan dikecapi…,”tidak sampai 5 minit,k610inya kembali menggangu fokusnya.Ringtone nasyid dari kumpulam La Khauf memecah kesunyian malam,ternyata panggilan dari Atie.


Hafiz mula tidak senang duduk.Dia men’silent’kan telifon bimbitnya dan meletakkan dibawah bantal.Dialihkan kembali tumpuannya pada pelajaran.


Jam didinding menunjukkan 2 pagi.Hafiz sudah selesai menyiapkan kerja.Masa untuk tidur.



Dicapainya telifon bimbit dibawah bantal untuk menetapkan penggera bagi memudahkannya bangun awal subuh.Tapi dia terkejut dengan paparan pada skrin telifon bimbitnya.


“17 missed call.1 new message!”ternyata semuanya dari Atie.Hafiz menjadi serba salah.Serba salah,bukan kerana tidak angkat atau membalas message Atie,tetapi serba salah dengan suasana yang sedang berlaku terhadap mereka.



Hafiz dan Atie menerima tarbiyyah sedari menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi.Kedua-duanya merupakan orang yang terkehadapan dalam medan dakwah kampus mereka.Kelantangan mereka dalam menyuarakan pendapat dan kebijsanaan dalam menangani pelbagai permasalahan di peringkat organisasi, diakui oleh sahabat-sahabat seangkatan dengan mereka.Maka tidak hairanlah keputusan Mas’ul untuk cuba menggandingkan mereka dalam mewujudkan Baitul Muslim(keluarga Islam).Moga dengan itu dapat berkembangnya zuriat umat Nabi yang hebat seperti mereka.


Tiga bulan yang lalu berlangsungnya majlis taaruf(perkenalan) antara Hafiz dan Atie.Satu majlis ringkas bagi mendapatkan persetujuan kedua belah pihak sebagai langkah awal kepada proses mewujudkan Baitul Muslim.Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diatur oleh mas’ul.Bagi seorang yang aktif dalam dakwah seperti Hafiz,ini merupakan satu batu loncatan baginya.Pemikiran dan tenaganya boleh ditumpukan kepada dakwah dan perjuangan tanpa seberang gangguan.


Pada dua bulan pertama proses ini berjalan,tiada sebarang perubahan pada rutin kehidupan Hafiz. Disangkanya dengan mengikut proses yang diatur oleh mas’ul,persoalan fitnah wanita jauh dari dirinya.Tetapi masuk bulan ketiga,Hafiz mula diselubungi kebimbangan.Perangai Atie mula berubah.Kini tiap malam telifon bimbit Hafiz dihujani dengan SMS dan panggilan dari Atie sedangkan tiada urusan penting yang perlu dilakukan antara mereka berdua!Fokus Hafiz pada dakwah makin hilang.Hatinya serba salah dengan dakwah yang diseru kerana diri sendiri juga terjebak.


“Apakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggal biarkan begitu sahaja dengan hanya mereka berkata:Kami telah beriman.Sedangkan mereka tidak diuji?Sesungguhnya telah Kami menguji mereka yang sebelumnya.Maka Allah mengetahui orang-orang yang benar(jujur) dan yang dusta.” (Al-ankabut:2,3)


Manusia tidak sunyi dari ujian.Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.



INGATAN BUAT DIRIKU YANG ALPA


Saya bukanlah seorang yang berpengalaman luas dalam proses mewujudkan Baitul Muslim ini.Jadi menulis tentang perkara ini menjadi sesuatu yang teramat sukar.Tetapi itu tidak bermakna saya menulis ini tanpa sebab atau dasar yang jelas.


Banyak cerita-cerita kisah benar yang sampai ke pengetahuan saya berkenaan dengan permasalahan ini.Itu belum lagi yang tidak saya ketahui.Apa yang pasti,permasalahan ini tidak asing lagi dalam dunia dakwah remaja.Buktinya adalah artikel-artikel popular seperti ‘Fenomena Cinta Anta Anti’ oleh Ustaz Mazlee Malik dan ‘Sepinggan Dosa Berulam Pahala’ oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang hangat diperkatakan suatu masa dahulu.



Tetapi permasalahan ini terus berlaku.Maka bolehlah para pembaca menganggap tulisan ini sebagai peringatan buat kita semua yang sering alpa dan mudah lupa.Moga kita diberi taufiq oleh Allah untuk melaksanakannya.


Hafiz dan Atie merupakan satu contoh yang mudah.Tetapi saya ingin mengklasifikasikan punca permasalahan ini kepada tiga kemungkinan supaya lebih jelas.


Yang pertama,di pihak perempuan yang menimbulkan masalah.


Yang kedua,di pihak lelaki yang menimbulkan masalah.


Yang ketiga,kedua-dua lelaki dan perempuan saling tolong-menolong untuk menimbulkan masalah.


Sekiranya perempuan yang bermasalah,maka situasi masih boleh dikawal oleh lelaki.Tetapi sekiranya lelaki yang bermasalah,maka perempuan itu perlu lebih berani untuk menegur dan berlaku tegas.Manakala situasi yang ketiga akan berlaku jika situasi yang pertama dan kedua gagal dikawal atau diatasi.Dalam situasi yang ketiga ini agak sukar untuk diselesaikan melainkan adanya sahabat-sahabat yang peka dan prihatin tentang perubahan diri teman seperjuangan mereka.



MENGGILAP TUJUAN,NIKMATI KEINDAHAN


Pada kali ini,saya tidak berhajat untuk mengutarakan pendapat mengenai cara untuk mengawal atau mengatasi ketiga-tiga situasi ini.Tetapi sesuatu yang lebih penting dari itu iaitu “mengapa memilih proses Baitul Muslim yang direncanakan oleh organisasi?mengapa perlu mengawal situasi atau permasalahan ini?”Bagi saya,apabila manusia itu mengetahui secara jelas cause of actions,maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya walau apapun rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi.



Ambillah satu analogi ini sebagai memudahkan kefahaman.


Muhamamad,Firdaus dan Nawi ditakdirkan menyertai satu pertandingan lumba lari.Muhammad menyertai perlumbaan kerana didesak oleh Firdaus dan Nawi.Dia tidak ambil tahu tentang hadiah dan peraturan perlumbaan langsung.Asal turut serta,itu sudah memadai baginya.


Firdaus pula menyertai perlumbaan itu kerana mengetahui bahawa pemenangnya bakal membawa pulang hadiah RM1,000.Maka dia sedari awal lagi menjalani latihan bagi memastikan kemenangan.Cuma dia terlepas pandang untuk ambil tahu tentang peraturan perlumbaan.


Nawi juga seperti Firdaus.Dia juga mengetahui tentang hadiah yang bakal diraih.Tetapi berbeza sedikit dari Firdaus,Nawi sangat-sangat memerlukan duit hadiah itu bagi melangsaikan hutangnya.Maka diambil kira dari segala aspek bagi memastikan kejayaan dan hadiah itu dapat dinikmati.Dari peraturan peserta hinggalah kepada kaedah perlumbaan dijalankan.Strategi juga diatur pada bila masanya hendak memecut dll.


Perlawanan pun berlangsung dan seperti yang dijangka Nawi berjaya mendapat kemenangan.Muhammad awal-awal lagi tewas kerana kekejangan akibat lama tidak bersenam.Firdaus yang disangka dapat memberi saingan kepada Nawi di’disqualified’ oleh pengadil kerana melanggar peraturan.


Muhammad terpinga-pinga apabila mengetahui bahawa ganjaran perlumbaan begitu lumayan.Firdaus pula tidak dapat membendung perasaan kecewanya kerana terlepas pandang perkara yang begitu penting.Kedua-duanya merasa rugi dan menyesal.


Maka akhirnya yang merasai kemanisan kejayaan adalah Nawi yang jelas matlamat dan mengikuti peraturan dan syarat perlumbaan secara keseluruhan.


Mereka yang cuba membina Baitul Muslim tanpa mengetahui matlamat pembinaan,maka awal-awal lagi dia akan tewas seperti Muhammad.Dia mudah sekali tewas dengan asakan nafsu dan syaitan dan tidak mungkin meraih matlamat yang hendak dicapai.


Mereka yang cuba membina Baitul Muslim tanpa mengetahui dan mengikuti syarat pembinaan,maka mudah sekali dia tersasar dan akhirnya kecewa seperti Firdaus.Disangkanya cukup persediaan dan dapat meraih kejayaan tetapi hampa akhirnya kerana di’disqualified’ oleh pengadil kerana melanggar peraturan bagi merasai nikmat hidup dalam Baitul Muslim.Tidak bimbangkah kita menjadi golongan ini?


Maka sudahkah anda jelas tentang dua persoalan ini,“Mengapa memilih proses Baitul Muslim yang direncanakan oleh Jemaah?mengapa perlu mengawal situasi atau permasalahan perhubungan yang timbul kemudian?”


Umum sudahpun mengetahui tentang peri pentingnya pembinaan Baitul Muslim(keluarga muslim).Ianya adalah proses Maratibul Amal selepas Ifradul Muslim(pembinaan individu muslim),menuju kepada terbentuknya masyarakat dan Negara Islam.Baitul Muslim boleh terbina tanpa diuruskan oleh jemaah.Cari sahaja calon sefikrah dan mulakan hubungan.Mudah(mudah di kata,susah untuk dilakukan).Tetapi mengapa kita memilih,disuruh memilih atau perlu memilih proses membina keluarga yang direncanakan oleh jemaah?



Alasan atau sebab yang paling utama adalah bagi memastikan pembinaan Baitul Muslim tidak melanggar peraturan atau syarat untuk meraih matlamat pembinaan Baitul Muslim.Iaitu jauh dari dosa maksiat sepanjang proses kearah matlamat yang hendak dicapai.Ini kerana hakikat Baitul Muslim sangat-sangat dipengaruhi oleh proses semasa pembinaannya.Ambil contoh yang mudah,mengapa berlakunya landslide di Bukit Antarabangsa hingga mengakibatkan rumah-rumah yang cantik tersergam indah akhirnya runtuh ranap tidak lama dahulu?Tidak lain kerana semasa pembinaannya,diambil ringan persoalan komposisi tanah dan kedudukan curam tempat ia hendak dibina.

Ia,puncanya semasa pembinaan.


Baitul Muslim yang dibina dengan mengambil mudah prosesnya terutamanya pada persoalan maksiat dan dosa,nantikanlah saat runtuh ranapnya!



PARA DAI’,PUKULLAH HATI


Tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita tersilap langkah dan melakukan kesilapan.Tetapi sebagai pendakwah maka seharusnya kita memahami dan mencuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan supaya jauh dari dosa dan maksiat.


Baitul Muslim yang dibina atas dosa dan kemaksiatan pasti akan tertimpa kesannya.Bukan hari ini ia akan terzahir,tetapi selepas pernikahan,terutamanya semasa tarbiyyah aulad di dunia berlangsung(pendidikan anak-anak).Pada masa sekarang ini,benih-benih di dalam sulbi lelaki sebenarnya sudahpun menerima tarbiyyah dari ayahnya.Sekiranya pada masa ini ayahnya gemar melakukan larangan Allah,sekiranya ibunya menjadi pendorong untuk ayahnya melanggar perintah Allah maka bayangkanlah akhlak anak-anak yang bakal dilahirkan.Ketika anak bermasalah nanti,imbaslah kembali keingkaran yang pernah dilakukan sepanjang perjalanan sebelum perkahwinan.Itulah didikan yang pernah kita berikan diluar sedar.


Ia bukan sahaja merosakkan diri kita dan keluarga yang bakal dibina,tetapi akan mencacatkan dakwah yang kita sedang serukan.Kita mengajak manusia al amru bil maruf wan nahyu anil munkar,tetapi dalam pada masa yang sama kita sendiri sedang bergelumang dengan perkara yang menjadi larangan Allah.Jadi dimanakah beza antara pendakwah dan ahli maksiat?


Apakah dakwah kita membawa kepada pahala atau mengundang murka Allah?


“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”(As-Saff:2,3)


Mungkin sebahagian dari kita merasakan,ia memang aku melakukan larangan Allah,tetapi pada masa yang sama aku melakukan pahala(dakwah dll).Maka dosa itu akan terhapus dikifarahkan oleh amal.Tetapi benarkah begitu?Bagaimana sekiranya dakwah dan amalan pahala kita tidak diterima oleh Allah lantaran kita hanya pandai bercakap tanpa amal?Ramai dari kita terlalu yakin bahawa siang malam keringat dan tenaga kita dicurahkan untuk Islam maka syurga pasti menjadi milik kita.Sedangkan kita belum pasti dan sepatutnya menginsafi diri.Ini dinyatakan di dalam Al-Quran,


"Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?Yaitu orang-orang yang Telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.”(Al-Kahfi-103,104)




Bersabarlah wahai dai’.Bersabarlah ketika haramnya,nescaya Allah akan mengurniakannya ketika halalnya.Penantian setahun dua berbaloi untuk kebahagiaan seumur hidup yang membawa kesyurga.Janganlah kita mencuri mencicip kemanisan perhubungan yang akhirnya membawa penyesalan dan kesan yang berpanjangan.Kepada yang sedang kuat bermujahadah,iringilah dengan tadahan doa’ moga diberi kekuatan hingga akhir penantian.Kepada yang sedang merasa dirinya sudah terjebak,segerakanlah bertaubat dengan taubat nasuha.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.


“Dan Sesungguhnya Aku Yang amat memberi ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk Yang diberikan kepadaNya.”(Taahaa:82)



ISLAH KAAFFAH


“Akhi,ana ada masalah la.Jiwa tak tenteram.”


“Tak tenteram kenapanya,anta ikut aje flow Unit Baitul Muslim tue.Jangan memandai-mandai,itu yang jadi masalah tue.”


“Bukan macam tue.Ana tiada apa masalah pun dengan muslimat tue.Dah dua bulan tak SMS sebab memang tiada keperluan untuk ana contact.Tapi masalah dengan orang lain.”


“Masalah dengan siapa pula ni?”


“Masalahnya,ana masih tak dapat berhenti bermain SMS dan YM dengan muslimat lain dan kawan-kawan perempuan sekolah lama ana.Ana tau tiada keperluan dan hanya suka-suka,tapi entah kenapa.”


Permasalahan demi permasalahan.Ibarat seorang yang tidak suka mencuri,tetapi gemar merompak.Kedua-duanya tetap berdosa dan mengundang murkaNya.


“Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.”(Al-Qiyamah:5)


Pengislahan diri hendaklah dilakukan secara menyeluruh.Bermujahadahlah dengan sebenarnya.Janganlah pandang pada anggapan kecilnya dosa itu,tetapi renungilah tentang besarnya implikasi yang bakal diterima.Sebagai hamba,kita tiada hak untuk ingkar kepada Tuan empunya dunia.


Kebahagiaan itu wujud pada orang yang memiliki dirinya,manakala kemeranaan itu wujud pada orang yang dimiliki dirinya.


Saya mengajak diri saya dan semua pembaca sekelian,


ittaquLLAH ka haqqa tuqatih,bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa!

Read More......

04 January 2009

UJIAN...BENARKAH KITA?

UJIAN…BENARKAH KITA?

KETABAHAN YANG TERLAMPAU

“Aina,kenapa menangis ni?”Tanya Raihan,naqibah kepada Aina.

“Entahla akak,kenapa tiba-tiba Ira macam nak larikan diri dari jalan dakwah ni akak?Aina tak faham la.Sebelum ni kan kita sentiasa gembira buat gerak kerja bersama-sama,”balas Aina kebingungan.

Raihan terdiam.Benar,kefuturan Ira telah mengejutkan semua orang.Handphone tidak diangkat.Sms tidak berbalas.Sms Ira yang terakhir kepada sahabat karibnya Aina menerangkan bahawa dia terlalu sibuk dengan gerak kerja sehingga menggabaikan akademik.Dia mengasingkan diri kerana mahu fokus kembali kepada akademiknya.

“Macam ni Aina…,”Raihan memulakan penerangan.

“Jalan yang kita pilih ini bukanlah satu jalan yang mudah.Jalan dakwah adalah jalan yang mulia yang mana balasannya adalah syurga.Bukan semua orang yang sanggup melalui jalan ini,memikul seribu satu kepayahan dan penderitaan.Kita terpaksa meninggalkan jauh-jauh kesenangan dan keselesaan…& Aina kena faham,tak ramai yang mampu bertahan lama diatas jalan ini.”

“Bersabarlah Aina,Aina kena tabahkan hati.Ingat tak apa yang As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pesan,sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan…samada sedikit ataupun ramai,”jelas Raihan memujuk.

“Tapi akak tau kan bukan Ira seorang,dia sahabat kita yang keempat dalam tempoh sebulan yang mengundurkan diri!Aina tak faham akak.”

Akhirnya perbualan tergantung begitu sahaja.Dalam fikiran Raihan,dia berharap agar adik usrahnya tabah menghadapi kemelut luarbiasa ini.

Hakikatnya,Aina semakin binggung.Penjelasan Raihan tadi tidak mampu mengurangkan kekusutan fikirannya.


“Apa khabar Abdul?result exam dah keluarkan.Anta dah tengok belum?sapa Fahimi kepada temannya.

“Dah tengok dah result.Ana sihat je.Tapi result ana tak berapa nak sihat la,”keluh Abdul.

“Aiyo,biar betul anta ni,takkanlah anta ada fail jugak?anta kan scorer selama ni,”duga Fahimi.

“Ana gagal dua paper.Extend semester la jawabnya.”

“Astaghfirullah,betul ke ni?takpe-takpe.Anta jangan mengalah Abdul.Jalan yang kita pilih ni memang bukan mudah.Allah akan turunkan ujian untuk uji sejauh mana keteguhan kita dalam memikul amanah sebagai khalifahNya,”terang Fahimi yang memang fasih berhujah.

“Tapi anta tau kan Imi,ada beberapa sahabat kita yang fail sampai tiga paper.Ada yang fail empat paper.Ramai sangat dikalangan kita yang pointer drop teruk.Kita ni organisasi Islam,bukankah boleh jadi fitnah keatas dakwah yang kita pikul ini,”Abdul meluahkan kegusarannya.


“Itulah masalahnya,kita ni pendakwah,tapi selalu tak sedar diri.Suka sangat buang masa.Macam anta,suka sangat tengok anime.Naruto la,Bleach la,One piece la…semua anime anta dah khatam.Unit akademik dah buat kajian tentang kejatuhan yang mendadak ni.Antara sebabnya ialah terlalu banyak gerak kerja,attitude dan mentality yang negative,sikap yang tidak acuh pada pelajaran...Ada jugak yang menghadapi krisis keluarga…macam-macam lagila kalau ana nak senarai...”

“InsyaAllah selesai cepat masalah ni.Tindakan segera akan diambil untuk atasi semua ni.Dulu hari rabu kan hari akademik,lepas ni lima hari,hari akademik.Anta tunggu jela nanti,”ulas Fahimi memberi jaminan.

Abdul terdiam.Fikirannya berkecamuk.

“Mungkin benar kata Fahimi tentang dirinya.Tapi bagaimana dengan Sanusi,Zul,Adib Syuja’ dan ukhti Bazrah?mereka bukan jenis yang suka membuang masa tetapi pointer mereka jatuh menjunam teruk,”monolog Abdul sendirian.

“Eh Abdul,anta fikr apa pulak tu?termenung siang-siang nampak.Dengar ni Abdul ana nak cakap ni.Cabaran dan ujian ni benda lumrah di jalan dakwah.Ia membersihkan barisan mukminin dan membezakan yang jujur dari yang curang.Allah berfirman,

“Apakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggal biarkan begitu sahaja dengan hanya mereka berkata:Kami telah beriman.Sedangkan mereka tidak diuji?Sesungguhnya telah Kami menguji mereka yang sebelumnya.Maka Allah mengetahui orang-orang yang benar(jujur) dan yang dusta.” (Al-ankabut:2,3)

Anta kena tabah dan sabar.Anta jangan fakir nak lari.Nanti ana kejar sampai lubang Charlie.”

Begitulah senario yang seringkali terjadi.Semangat ukhuwwah yang terbina dijalan dakwah begitu utuh.Tiap kali musibah dan ujian melanda,kegusaran tidak kekal lama.Sahabat disisi sentiasa menjadi pembakar semangat dan pendorong yang tidak pernah jemu.

Tapi benarkah begini yang sepatutnya?

Tenggelam dalam samudera ukhuwwah,pendakwah gagal muhasabah.Sesungguhnya syaitan bijak memperdaya!

MUHASABAH SI PENDAKWAH

Petang itu selepas solat asar,saya tergerak untuk menghantar sms kepada sahabat seperjuangan yang masih di menara gading.Sekadar ingin bertanya tentang kemelut yang melanda mereka disana.Tapi dengan kehendakNya,saya terdorong untuk meluahkan pendapat secara panjang lebar.Berikut adalah sebahagian sms yang dihantar dan diterima.

“Salam.Maaf menggangu.Nak tanya pendapat sikit.Apa pandangan tentang kejatuhan akademik yang sedang melanda ini?”saya bertanya,seolah-olah wartawan.

“Salam.Ana baru jer nak buat kajian jugak.erm,mostly sebab diri sendiri.Ahli tak sedar diri,malas dan banyak faktor-faktor lain lagi.Unit akademik dah buat kajian.Keputusannya boleh tengok kat YG.”

“O,ok,terima kasih atas feedback.”

Kemudian saya menghantar kata-kata hikmah,sekadar renungan penutup bicara,

Dai hilang arah,dai gagal muhasabah.Roh suci makin kelam,roh jihad makin hilang.Menilai kehidupan dari yang zahir sahaja bukanlah ciri-ciri jundi bertaqwa,nilailah dari hati yang tulus ikhlas sesuai dengan gelaran dai’ pilihanNya.

Saya sangka perbincangan itu setakat ini sahaja,tetapi tidak lama kemudian telifon bimbit saya berbunyi lagi.

“Apa maksud ‘Menilai kehidupan dari yang zahir sahaja bukanlah ciri-ciri jundi bertaqwa’?”Tanya sahabat itu.

Persoalan ini membuka ruang kepada saya untuk mengulas lebih lanjut.Menghurai satu per satu menggunakan sms memang meletihkan.Tapi apa yang terbungkam dihati saya tidak mampu disorokkan lagi.

“Ok,macam ni.Bagaimana hujan boleh turun?tapi jawab dengan dua jawapan yang berbeza tau,”saya memulakan kembali perbincangan.

“1st,dari segi agama.2nd,dari segi sains.”

“Baik,ingat tak tragedi tsunami yang melanda Acheh suatu masa dahulu?kenapa ia terjadi?”soal saya lagi.

Persoalan sahabat itu tidak dijawab terus.Saya cuba membuat perbandingan dan menimbulkan persoalan supaya penerangan kemudiannya menjadi lebih mudah untuk dihadam dan difahami.

“Ingat.Itu bala dari Allah.Balasan sebab banyak sangat maksiat,”jawabnya pantas.

“Ok,bagaimana nak elak tsunami itu berulang?”soalan diatur satu per satu.

“Kena pergiatkan lagi amar makruf nahi mungkar.Elak maksiat dan elak murkaNya.”

“Kenapa kata tsunami itu bala?orang Acheh ramai yang Islam tu.Kenapa tak kata yang tsunami tu terjadi sebab pergerakan plat bumi,menghasilkan terjahan momentum air yang kuat.Akhirnya membentuk ombak besar apabila tiba dipantai?kenapa tak kata,the way to overcome tsunami is to place the latest tsunami censors alond the coast?kenapa terdorong jawab macam tadi?”kali ini soalan bertalu-talu saya ajukan.

“Sebab itu memang hakikatnya!”sahabat itu menjawab ringkas.

Ya,bala’…saya tersenyum puas.


Sesungguhnya tragedi tsunami yang terjadi dahulu tidak mungkin dilupai oleh jiwa-jiwa mukmin.Apa yang ditimpa oleh Allah kepada bumi Acheh itu menjadi iktibar agung didalam sejarah hidup manusia.Betapa kemaksiatan yang berleluasa mengundang murkaNya.Beberapa masjid yang elok seolah tidak disentuh apa-apa menyerlah membuktikan keagunganNya,hanya bagi mereka yang mahu berfikir.

Adapun dikalangan orang-orang kafir dan munafiq yang tidak beriman,mereka menilai bala’ itu hanya tidak lain sebagai salah satu fenomena alam.Semuanya dinilai dari kacamata sains.Betapa hati-hati mereka tertutup dari melihat kebenaran lantaran dosa dan maksiat yang asyik dilakukan.

Muhasabah diri merupakan eleman yang sangat penting bagi orang beriman.Dengan cara demikian,hati dapat dibersihkan dan kelemahan serta kesilapan dapat diperbaiki.Allah berfirman,

“…dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat).”
(Al-Hasyr:18)


Ustaz Cahyadi,dalam kupasannya dari kitab Albahrur Raiq Fiz Zuhdi War Raqaiq karangan Doktor Farid,menyenaraikan tiga perkara yang diperlukan dalam mencapai keberhasilan dakwah.Yang pertama dan paling utama adalah jiwa(hati) yang bersih.Keduanya,soliditari struktur gerakan dakwah yang teratur dan yang terakhir adalah dakwah yang terprogram rapi dan berkesinambungan.

Yang pertama dan paling utama adalah hati yang bersih!

Tetapi berapa ramaikah pendakwah yang tertipu oleh bisikan syaitan lantas ghairah menumpu dahulu pada faktor kedua dan ketiga?

Tiap kali ujian menimpa,tiap kali kefuturan melanda,tiap kali itu juga pendakwah gagal bertanya pada diri,’apakah ini ujian,teguran ataupun mungkinkah ini satu bala’?

Bukalah kembali lembaran perjuangan agung Nabi Muhammad saw,tatapilah dakwah sahabat dan tabi’in,renungilah semula perjuangan khulafa’ Ar Rasyidin.Masih ingatkah kita tentang pahlawan Salahuddin Al-Ayubi yang meronda kamar tenteranya dengan tujuan ingin melihat samada mereka bangun bertahajjud ataupun masih berdengkur?

Apakah kita menghayati pesanan yang disampaikan Khalifah Umar bin Al Khattab tatkala melepaskan keberangkatan pasukan perangnya yang dipimpin oleh Saad bi Abi Waqash yang bertempur dengan askar Persia?Saat itu,30 000 mujahidin sedang bersiap siaga berangkat ke Al-Qadisiyah,perbatasan negeri Kisra.Khalifah Umar dalam wasiatnya yang masyhur berkata,

“Ya Saad,aku wasiatkan kepadamu dan kepada pasukanmu,agar sentiasa bertaqwa kepada Allah.Kalau kita melanggar perintahNya,bererti kita sama dengan musuh-musuh kita dalam bermaksiat.Padahal musuh kita jauh lebih besar,baik jumlah pasukan mahupun kelengkapan perangnya.Dengan demikian,bila kita telah melakukan maksiat,maka dengan mudah mereka akan menghancurkan kita!”

“Ya Saad,aku tidak takut pasukan kita akan dikalahkan oleh musuh,tetapi yang aku takutkan adalah bila pasukan kita melakukan perbuatan dosa.Selamat jalan ya Saad,semoga Allah memberkati dan melindungimu!”

Betapa hati menjadi elemen yang teramat penting bagi para sahabat.Apa mungkin dai’ era moden punya cara berdakwah tanpa menghisab memuhasabah tentang dosa dan maksiat yang dilakukan?

atau mungkin ada dai’ yang telah menemukan formula baru yang mampu success dalam dakwah dengan tangan yang kotor bergelumang dengan dosa dan maksiat?

CELA SI PENCELA

Saya meneruskan perbincangan saya dengan sahabat itu dengan satu pertanyaan.

“Agak-agaknya apa yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan pada ketika itu jugak ke?atau mungkin esok,lusa,sebulan hatta selepas kita sudah tiada baru boleh Nampak kesannya?”

Lama menunggu,akhirnya saya menjawab soalan itu sendiri.

“Terkadang apa yang kita lakukan pada hari ini tidak terkesan pada kita,tetapi ia memberi kesan pada generasi seterusnya.Ramai pendakwah yang mudah menilai lantas menghukum orang lain.Tapi bila sampai pada diri sendiri,pendakwah gagal muhasabah dan melihat cela kelemahannya.Kita boleh kata apa yang menimpa kita itu satu bentuk ujian,tapi kita tidak patut mengambil remeh hal itu jika mahu maju kehadapan.Orang yang anggap apa yang Allah timpakan padanya adalah ujian,dia pasti gagal muhasabah lihat kelemahan dan mudah ambil ringan.Seandainya apa yang tertimpa padanya dilihat sebagai bala’,maka barulah pendakwah mampu buka mata dan anggap ia sebagai teguran.Barulah ia akan cuba koreksi diri,perbaiki kelemahan dan sentiasa waspada dengan sebarang tindakan yang mahu dilakukan.”

Saya menyambung lagi,“Suka ana katakan,kita sebagai alumni sebenarnya orang yang paling layak muhasabah dan menginsafi diri dahulu.Kita adalah tangan-tangan yang mengkader dan mentarbiyyah mereka.”

“Apakah pada ketika itu kita buat dengan redhaNya?atau kita buat dengan tangan-tangan yang kotor dan penuh dosa…mana mungkin tangan yang kotor mampu membersihkan insan yang lain.Dakwah yang berkesan hanya dapat dilakukan dengan penghayatan,dari hati jatuh ke hati...”

“...Apakah mungkin perbuatan kita pada suatu masa dahulu,ataupun saat ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada mata rantai-mata rantai perjuangan yang kita cuba lahirkan?”persoalan-persoalan itu saya biarkan begitu sahaja.Akhirnya telifon bimbit saya sepi tidak berbalas.

Kita pendakwah begitu mudah melihat cela madu’.Dengan hasrat yang baik dan murni kita cuba memperbaiki cela kelemahan pada madu’ itu.Akibatnya,kita sering terlupa sekaligus gagal melihat cela sendiri.Makin lama hati kian suram.Pendakwah menjadi angkuh dan sombong kerana menganggap diri baik dan sempurna tanpa cacat cela.


Abu Hafshah berkata,

“Barangsiapa tidak mencurigai dirinya sendiri sepanjang waktu,maka ia tidak akan berani melawannya dalam semua keadaan.Ia pun tidak akan berani membawa dirinya kepada sesuatu yang tidak disukainya dalam semua waktunya,kerana ia telah tertipu olehnya.Barangsiapa yang mencermati dirinya dengan menganggap dirinya baik bererti ia telah menghancurkannya.”

FENOMENA JIWA,TEGURAN DARINYA

“Maafkan ana sekiranya ana terabaikan persahabatan kita.Ana cukup-cukup tertekan melihat ada dikalangan sahabat kita sendiri sanggup khianat kepada perjuangan,”luah Shahrul .Kecewa dengan sikap sahabatnya yang bertopeng dua.

“Kenapa benda ini boleh berlaku?Dah kena tegurpun tiada kesan.Dulu mereka inilah yang lantang bersuara,”kebenaran yang Allah perlihatkan,orang yang ia paling thiqqah mula terserlah sifat sebenarnya.

“Kita ini organisasi dakwah.Kenapa ana lihat kita lagi teruk dari orang biasa.”

“Buat apa tanya dia.Dia bukannya tahu apa-apa pasal tanzim,”dipotongnya pertanyaan seorang sahabat dengan angkuh.Benarkah Islam yang ingin diperjuangkan?

Terlalu ramai pendakwah yang menutup mata diatas kemaksiatan diri.Di depan ia lantang,di belakang dialah petualang.Thiqqah yang dibina penuh kepalsuan.Dengan kuasa Yang Esa,akhirnya semua terbongkar satu per satu.

Iblis tersenyum gembira,tipudayanya mengena.

Wahai pendakwah,sedarilah bahawa tiap tutur bicara pada usrah,tiap lafaz bicara anda pada tazkirah pasti akan diminta pertanggunggjawaban.Kesan tarbiyyah dari pendakwah penuh dosa,madu’ kita juga akan memikul kesannya.

Cukuplah surah al-kahfi ayat 103 dan 104 sebagai renungan.Kehulu kehilir tiap hari dijalan dakwah.Setiap saat yang kita laburkan kita sangka sudah cukup banyak amal bekalan,tetapi akhirnya sia-sia belaka.



Bilakah kali terakhir kita mengakui kesilapan kita?

Apakah teguran sahabat seperjuangan,adik usrah malah madu’ kita tiada satupun yang benar?

Usahlah tajassus menoleh kanan dan kiri.Cerminlah diri,renunglah jauh kedasar hati,tanyalah apakah ada dosa yang sudah lama terpalit dikala ini?

Dai hilang arah,
Dai gagal muhasabah,
Roh suci makin kelam,
Roh jihad makin hilang!


Read More......